Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Projek naik taraf Jambatan Gita Lama selesai, penduduk kini nikmati kemudahan baharu
  • TEMPATAN

Projek naik taraf Jambatan Gita Lama selesai, penduduk kini nikmati kemudahan baharu

Utusan Sarawak 7 hours ago
RAKAM KENANGAN… Datu Cassidy Morris (tengah) merakam kenangan bersama pasukan projek JKR Sarawak selepas lawatan tapak ke Jambatan Gita Lama, Kampung Gita Lama.

PETRA JAYA: Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR), Datu Cassidy Morris, telah mengadakan lawatan tapak ke Jambatan Gita Lama bagi meninjau projek naik taraf jambatan yang telah siap dan kini digunakan oleh penduduk setempat.

Beliau berkata, projek ini melibatkan kerja menaik taraf jambatan kayu sedia ada kepada jambatan baharu sepanjang 16.5 meter menggunakan teknologi Konkrit Gentian Berprestasi Ultra Tinggi, sekali gus meningkatkan tahap keselamatan pengguna dan melancarkan pergerakan trafik di sepanjang Jalan Kampung Gita Lama.

Katanya, pembinaan jambatan menggunakan teknologi UHPFRC itu direka bentuk khusus bagi menampung impak banjir memandangkan paras air di kawasan berkenaan sering meningkat ke tahap yang tinggi. 

JAMBATAN Gita Lama yang dinaik taraf menggunakan teknologi UHPFRC bagi meningkatkan keselamatan penduduk setempat.

Jelasnya, struktur jambatan yang lebih kukuh dan tahan lasak membolehkan ia terus berfungsi dengan selamat walaupun semasa kejadian banjir.

Dalam lawatan tersebut, beliau turut menzahirkan penghargaan kepada pasukan projek atas komitmen dan dedikasi dalam menyiapkan projek berkenaan demi kesejahteraan serta keselamatan penduduk kampung.

Beliau menegaskan bahawa penggunaan teknologi pembinaan moden seperti UHPFRC mencerminkan usaha berterusan JKR dalam menyediakan infrastruktur yang selamat, mampan dan berdaya tahan terhadap cabaran perubahan iklim.

Katanya, JKR akan terus komited melaksanakan projek infrastruktur berkualiti tinggi bagi meningkatkan tahap keselamatan, kesalinghubungan serta kualiti hidup rakyat di seluruh negeri.

Oleh Shikin Mahmud

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: SUPP Batu Kitang anjur Program Perkhidmatan Bergerak di Iskon Kuching
Next: Gerai terbiar dibersihkan, MPKS perkemas persekitaran Taman Desa Ilmu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.