Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Kelab Pickleball Lanang anjur kejohanan ALL STAR untuk pengiktirafan ahli aktif
  • SUKAN

Kelab Pickleball Lanang anjur kejohanan ALL STAR untuk pengiktirafan ahli aktif

Utusan Sarawak 7 hours ago
UNTUK ALBUM… Peserta Kejohanan ALL STAR anjuran Kelab Pickleball Lanang merakam kenangan bersama selepas tamat kejohanan di MyCentre, Sibu.

SIBU: Kelab Pickleball Lanang (LPC) terus memperkukuh peranannya dalam mempromosikan sukan pickleball di Sibu apabila berjaya menganjurkan Kejohanan ALL STAR Kelab Pickleball Lanang di MyCentre, di sini, baru-baru ini.

Kejohanan berkenaan menampilkan konsep tersendiri apabila penyertaan pemain ALL STAR dipilih dalam kalangan pemenang permainan santai bulanan yang dianjurkan oleh kelab itu, sekali gus memberi pengiktirafan kepada komitmen serta penyertaan aktif ahli secara berterusan.

Dalam kejohanan tersebut, gandingan Shahrizan Sharif dan Jackey Hii Yii Guong muncul juara selepas menewaskan pasangan George Tang Sen Yang dan Yong Liang Cheng yang meraih naib juara.

Tempat ketiga menjadi milik Tiong Chung Lee dan John Wong Kiong Seng, manakala Tham Yoh Yin dan Yaakup Kepeli berada di kedudukan keempat.

Presiden Kelab Pickleball Lanang, Daniel Iing, berkata penganjuran kejohanan itu bukan sahaja bertujuan meningkatkan tahap persaingan sukan pickleball, malah berperanan mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan ahli kelab.

Menurutnya, sambutan menggalakkan terhadap kejohanan tersebut membuktikan sukan pickleball semakin mendapat tempat dan perhatian masyarakat setempat, khususnya di Sibu.

“LPC akan terus komited menganjurkan pelbagai aktiviti dan kejohanan pada masa hadapan bagi memastikan perkembangan sukan pickleball terus diperkasakan di kawasan ini,” katanya.

Oleh Tarani Lanting

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Peminat bola sepak Scotland dipenjara, baling kerusi hingga cederakan pemain pasukan sendiri
Next: Terbuka India 2026: Jimmy-Pei Jing, Soon Huat-Shevon mula langkah kanan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.