Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • PPS SK Bukit Arip ditutup selepas banjir surut
  • Tengah
  • WILAYAH

PPS SK Bukit Arip ditutup selepas banjir surut

Utusan Sarawak 13 hours ago
PPS SK Bukit Arip telah ditutup sepenuhnya hari ini. Foto PDRM

SELANGAU: Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Arip di sini, ditutup sepenuhnya hari ini selepas keadaan banjir di kawasan terlibat dilaporkan surut dan selamat.

Ketua Polis Daerah Mukah, DSP Muhamad Rizal Alias berkata, penutupan PPS itu dibuat pada 3.00 petang tadi susulan notis rasmi yang dikeluarkan oleh Pegawai Daerah Selangau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Selangau, Yalin Asan.

“Seramai 64 Ketua Isi Rumah (KIR) melibatkan 238 penduduk dari Rumah Panjang iaitu Rumah Janting, Rumah David, Rumah Jambai serta kakitangan Klinik Kesihatan Sungai Arip telah dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, keputusan menutup PPS berkenaan dibuat selepas pemantauan mendapati banjir telah surut sepenuhnya di sekitar kawasan rumah panjang yang terlibat dan keadaan adalah selamat untuk semua penghuni kembali ke rumah masing-masing.

Tambahnya, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mukah turut digerakkan bagi membantu kelancaran proses pemindahan penduduk pulang ke rumah panjang masing-masing.

Dalam pada itu, Muhamad Rizal berkata, pemantauan berterusan masih dijalankan di kawasan berisiko banjir di daerah Mukah dan Selangau bagi memastikan tindakan pantas dapat diambil sekiranya berlaku perubahan keadaan cuaca atau paras air.

“Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa dari semasa ke semasa,” katanya.

Oleh Tarani Lanting

Continue Reading

Previous: Paras air di Saratok beransur surut, IPD Saratok terus pantau kawasan berisiko
Next: APM Sri Aman hantar 221 pek bekalan makanan mangsa banjir di Pantu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.