Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • APM Sri Aman pantau lokasi berisiko banjir, paras air masih terkawal
  • WILAYAH

APM Sri Aman pantau lokasi berisiko banjir, paras air masih terkawal

Utusan Sarawak 13 hours ago
PEMANTAUAN tertumpu di tiga lokasi utama iaitu Sungai Sterap, Sungai Tatai dan Sungai Kunang yang dikenal pasti sebagai kawasan berisiko banjir. Foto APM Sri Aman

SIMANGGANG: Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Sri Aman hari ini melaksanakan rondaan pemantauan di beberapa lokasi berisiko bencana banjir di daerah ini bagi menilai keadaan semasa paras air sungai serta tahap keselamatan penduduk setempat.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Sri Aman, Leftenan Kamal Bujang berkata rondaan tersebut dijalankan oleh Pasukan Pemantauan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) bermula 8.00 pagi hingga 4.00 petang.

Menurut beliau, pasukan rondaan terdiri daripada empat anggota iaitu Koperal Muhd Zulkarnie Dawi, Koperal Firdaus Malim, PBT Richard Roxy Tan dan PBT Erin Veronica Penie.

“Rondaan dilaksanakan menggunakan kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux dan dilengkapi peralatan keselamatan serta pemantauan seperti penyukat aras air, jaket keselamatan, baju hujan dan kasut keselamatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

PEMANTAUAN tertumpu di tiga lokasi utama iaitu Sungai Sterap, Sungai Tatai dan Sungai Kunang yang dikenal pasti sebagai kawasan berisiko banjir. Foto APM Sri Aman

Beliau berkata pemantauan tertumpu di tiga lokasi utama iaitu Sungai Sterap, Sungai Tatai dan Sungai Kunang yang dikenal pasti sebagai kawasan berisiko banjir.

Di Sungai Sterap, katanya, pemantauan pada 12.45 tengah hari mendapati cuaca baik dengan trend paras air surut secara perlahan, dianggarkan sekitar dua kaki atau 60 sentimeter, serta keadaan keseluruhan adalah terkawal.

“Pemantauan di Sungai Tatai pada 1.10 tengah hari pula menunjukkan paras air berada pada tahap normal dengan persekitaran yang selamat, manakala di Sungai Kunang pada 1.40 tengah hari mendapati keadaan cuaca baik dan paras air normal,” katanya.

PEMANTAUAN tertumpu di tiga lokasi utama iaitu Sungai Sterap, Sungai Tatai dan Sungai Kunang yang dikenal pasti sebagai kawasan berisiko banjir. Foto APM Sri Aman

Sepanjang rondaan, orang awam di kawasan terlibat turut dinasihatkan agar sentiasa peka terhadap perubahan persekitaran serta paras sungai dan parit, khususnya ketika cuaca tidak menentu.

Secara keseluruhan, Leftenan Kamal berkata semua lokasi pemantauan berada dalam keadaan terkawal tanpa sebarang kejadian bencana atau kecemasan dilaporkan, selain pasukan rondaan berada dalam keadaan selamat dengan logistik sedia untuk diatur gerak bagi tugasan seterusnya.

Beliau menambah, sebarang kecemasan boleh dilaporkan melalui talian MERS 999 atau terus ke Pusat Kawalan Operasi Bencana APM Sri Aman.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Keadaan banjir di Desa Senadin semakin pulih
Next: Paras air di Saratok beransur surut, IPD Saratok terus pantau kawasan berisiko

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.