Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Eksklusif: Inap Desa Izara terjejas ombak besar, projek benteng akan dilaksanakan
  • WILAYAH

Eksklusif: Inap Desa Izara terjejas ombak besar, projek benteng akan dilaksanakan

Utusan Sarawak 9 hours ago
MUSNAH… Bahagian-bahagian kerosakan dan kemusnahan Homestay Izara yang musnah teruk akibat hakisan dan ombak besar yang berlaku di Kampung Kuala Sibuti hari ini. Foto Adum Liu

BEKENU: Balai rehat dan makan serta struktur bangunan Inap Desa Izara (Izara Homestay) di Kampung Kuala Sibuti runtuh dan musnah dilanda ombak besar pada 3 Januari lalu.

Rosita Ramli, anak kepada pemilik Inap Desa Izara ketika ditemui Utusan Sarawak hari ini berkata, kemusnahan struktur bangunan inap desa ini akibat pasang besar, ombak dan hujan.

Katanya, air laut pasang besar dan ombak telah berlaku tiga kali sekali gus memusnahkan keadaan kawasan ini.

ROSITA Ramli, anak kepada pemilik Inap Desa Izara. Foto Adum Liu

“Kali pertama terjadi pada 9 Disember lalu yang memecahkan dinding dan pagar bangunan.

“Kali kedua, ombak besar telah memecahkan bahagian hadapan, lantai balai rehat dan makan.

“Kali ketiga, ombak besar berlaku pada 3 dan 4 Januari lalu telah musnahkan bahagian kaunter,” jelasnya.

Sehubungan itu, beliau merakamkan penghargaan kepada Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-Kanak, Datuk Rosey, pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (DID) Miri dan pihak Pejabat Daerah Subis yang telah memantau keadaan hakisan di kampung ini.

“Operasi Inap Desa Izara ini dihentikan buat sementara waktu. Pada hari ini, kita dimaklumkan oleh Datuk Rosey selaku Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekenu bahawa projek segera iaitu pembinaan benteng telah diluluskan dan kerja projek akan bermula esok,” jelasnya.

Oleh Adum Liu

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Projek perlindungan pantai Kuala Sibuti bermula esok
Next: Michael Kong gesa penyelenggaraan proaktif susulan kejadian jalan runtuh di Lorong APT 2

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.