Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • MCMC arah sekatan sementara terhadap Grok berkuat kuasa hari ini
  • NASIONAL

MCMC arah sekatan sementara terhadap Grok berkuat kuasa hari ini

Utusan Sarawak 15 hours ago
MCMC mengumumkan sekatan sementara akses kepada AI Grok bagi pengguna di Malaysia berkuat kuasa hari ini. Foto AGENSI

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) mengarahkan sekatan sementara terhadap akses kepada kecerdasan buatan (AI) Grok bagi pengguna di Malaysia berkuat kuasa hari ini.

Dalam kenyataan MCMC hari ini, tindakan itu diambil susulan penyalahgunaan Grok berulang kali untuk menjana kandungan lucah dan kandungan seksual eksplisit.

“Langkah itu juga diambil berikutan kandungan tidak senonoh yang jelik melampau serta imej manipulasi tanpa persetujuan termasuk kandungan yang melibatkan wanita dan kanak-kanak, walaupun libat urus kawal selia telah dikeluarkan kepada X Corp. dan xAI LLC,” menurut kenyataan itu.

Menurut MCMC, pihaknya telah mengeluarkan notis kepada X Corp. dan xAI LLC pada 3 dan 8 Januari lepas bagi menuntut antara lain pelaksanaan langkah perlindungan teknikal.

Tuntutan turut merangkumi penyelia kandungan yang berkesan untuk mencegah kandungan janaan AI yang mungkin melanggar undang-undang Malaysia, termasuk Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Bagaimanapun, maklum balas yang dikemukakan oleh X Corp. pada 7 dan 9 Januari hanya memberikan tumpuan utama kepada mekanisme pelaporan yang dimulakan oleh pengguna serta gagal menangani risiko sedia ada yang wujud hasil daripada reka bentuk dan pengoperasian alat AI tersebut,” menurut kenyataan itu.

Susulan itu, MCMC mendapati perkara ini tidak memadai untuk mencegah kemudaratan serta memastikan pematuhan kepada undang-undang.

“Sekatan ini dikenakan sebagai langkah pencegahan yang wajar sementara proses perundangan dan kawal selia masih berjalan.

“Sekatan akses kepada Grok akan kekal sehingga langkah perlindungan yang berkesan dilaksanakan, khususnya bagi mencegah kandungan yang melibatkan wanita dan kanak-kanak,” menurut kenyataan itu.

MCMC kekal terbuka untuk libat urus dengan X Corp. dan xAI LLC tertakluk kepada pematuhan yang dapat dibuktikan terhadap undang-undang Malaysia.

“Orang awam digesa untuk melaporkan kandungan dalam talian yang memudaratkan kepada MCMC dengan segera dan, jika perlu, membuat laporan kepada Polis Diraja Malaysia,” menurut kenyataan itu.- Bernama

Continue Reading

Previous: 3,383 mangsa banjir masih berlindung di PPS Sarawak, Sabah
Next: Banjir di Borneo: Sultan Pahang, Tengku Ampuan zahir simpati

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.