Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Inisiatif gunting rambut percuma ringankan kos persiapan sekolah 
  • WILAYAH

Inisiatif gunting rambut percuma ringankan kos persiapan sekolah 

Utusan Sarawak 1 day ago
ADUN Jepak, Iskandar Turkee beramah mesra dengan pelajar ketika Program Kembali ke Sekolah yang menawarkan perkhidmatan gunting rambut percuma anjuran Wanita, Pemuda dan Belia PBB DUN Jepak di RPR Sibiew dan Kampung Warisan, Bintulu hari ini. Foto Carolyne Utih

BINTULU: Inisiatif perkhidmatan gunting rambut percuma sempena Program Kembali ke Sekolah bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak membantu meringankan kos persiapan persekolahan ibu bapa, khususnya menjelang pembukaan sesi sekolah.

Program anjuran Wanita, Pemuda dan Belia Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) DUN Jepak yang dilaksanakan di RPR Sibiew dan Kampung Warisan itu mendapat penyertaan pelajar dari beberapa kawasan sekitar.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak, Iskandar Turkee berkata, program tersebut memberi manfaat langsung kepada keluarga terutama bagi mereka yang mempunyai lebih daripada seorang anak bersekolah.

Menurut beliau, jumlah pelajar yang hadir mendapatkan perkhidmatan gunting rambut percuma, melebihi sasaran awal yang ditetapkan, sekali gus menunjukkan keperluan sebenar masyarakat terhadap inisiatif berbentuk kebajikan.

ADUN Jepak, Iskandar Turkee beramah mesra dengan pelajar ketika Program Kembali ke Sekolah yang menawarkan perkhidmatan gunting rambut percuma anjuran Wanita, Pemuda dan Belia PBB DUN Jepak di RPR Sibiew dan Kampung Warisan, Bintulu hari ini. Foto Carolyne Utih

“Program ini bertujuan membantu ibu bapa mengurangkan perbelanjaan awal tahun serta memastikan pelajar tampil kemas dan bersedia untuk kembali ke sekolah,” katanya ketika ditemui media sempena penganjuran Program Kembali ke Sekolah di RPR Sibiew di sini, hari ini.

Iskandar berkata, sambutan positif daripada penduduk setempat serta kawasan berhampiran seperti Kampung Kemunting dan Kampung Baru mendorong pihaknya untuk meneruskan program seumpama itu pada masa hadapan.

Menurut beliau, PBB DUN Jepak bercadang menjadikan inisiatif tersebut sebagai program tahunan selaras dengan usaha membantu kebajikan masyarakat setempat.

Oleh Carolyne Utih

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Rondaan berkala anggota IPD Saratok pantau risiko tanah runtuh di Jalan Ulu Budu
Next: Banjir di Selangau: Dua wanita OKU dipindahkan ke PPS

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.