Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Sebastian Ting turun padang tinjau kawasan terjejas banjir kilat di Miri
  • WILAYAH

Sebastian Ting turun padang tinjau kawasan terjejas banjir kilat di Miri

Utusan Sarawak 1 day ago
TINJAU… Timbalan Menteri Pelancongan, Datuk Sebastian Ting turun padang meninjau beberapa kawasan di bandar raya ini yang terjejas akibat banjir kilat semalam. 

MIRI: Timbalan Menteri Pelancongan, Datuk Sebastian Ting turun padang meninjau beberapa kawasan di bandar raya ini yang terjejas akibat banjir kilat semalam bagi menilai keadaan sebenar di lapangan serta menyelaras bantuan kepada penduduk terlibat.

Antara kawasan yang dilawati ialah Kampung Luak, Kampung Lereng Bukit, Lutong Sealine  dan Bayshore Garden.

Dalam lawatan tersebut, beliau turut bertemu penduduk setempat bagi mendengar keluhan serta mengenal pasti keperluan bantuan segera.

TINJAU… Timbalan Menteri Pelancongan, Datuk Sebastian Ting turun padang meninjau beberapa kawasan di bandar raya ini yang terjejas akibat banjir kilat semalam. 

Ting turut meninjau dua rumah di Kampung Lereng Bukit yang terjejas akibat kejadian tanah runtuh yang berlaku petang semalam.

Beliau berkata, bantuan awal telah digerakkan bagi membantu membersihkan kawasan belakang rumah yang dipenuhi lumpur.

Menurutnya , Majlis Bandaraya Miri diminta mengkaji keperluan pembinaan saluran air yang lebih sistematik bagi melancarkan aliran air dari kawasan perbukitan bagi mengelakkan kejadian susulan.

“Aliran air yang tidak lancar boleh menyebabkan takungan air sekali gus meningkatkan risiko tanah runtuh dan kerosakan lanjut kepada kediaman penduduk,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Ting  berkata, pemantauan berterusan akan dilakukan dan kerjasama dengan agensi berkaitan akan dipertingkatkan bagi memastikan keselamatan penduduk sentiasa terjamin.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau telah mengutus surat rasmi kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Bahagian Miri bagi memohon kajian teknikal segera serta langkah mitigasi berkesan bagi menangani isu banjir kilat yang semakin kerap berlaku di bandar raya ini.

TINJAU… Timbalan Menteri Pelancongan, Datuk Sebastian Ting turun padang meninjau beberapa kawasan di bandar raya ini yang terjejas akibat banjir kilat semalam. 

Katanya, sejak 2025, situasi banjir di Miri semakin membimbangkan susulan kesan perubahan iklim dengan kejadian banjir kilat kerap berlaku di kawasan rendah, menyebabkan kesulitan kepada penduduk serta kerosakan harta benda.

“Walaupun faktor cuaca tidak menentu dan air pasang tinggi turut menyumbang, penambahbaikan sistem perparitan perlu diberi keutamaan bagi memperkukuh pengurusan banjir secara menyeluruh,” katanya.

Beliau berharap JPS Miri dapat menjalankan kajian menyeluruh terhadap sistem perparitan sedia ada dengan mengambil kira corak iklim semasa dan perubahan pasang surut laut bagi merangka penyelesaian jangka panjang yang lebih berkesan.

Ting menegaskan komitmennya untuk terus bekerjasama rapat dengan semua agensi berkaitan dalam usaha menangani masalah banjir kilat di Miri secara mampan dan berterusan.

Oleh Liong Chai ling

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Lelaki gelandangan ditemui meninggal dunia di stesen pam Jalan Maju Sibu
Next: PPS Dewan Suarah Bintulu aktif, kebajikan mangsa banjir terus dipantau

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.