Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • JBPM Padungan laksana rondaan kawasan berisiko banjir di pusat bandar
  • TEMPATAN

JBPM Padungan laksana rondaan kawasan berisiko banjir di pusat bandar

Utusan Sarawak 1 day ago
PEMANTAUAN di kawasan berhampiran Padang Merdeka. Foto JBPM Sarawak

KUCHING: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak melalui Balai Bomba dan Penyelamat Padungan telah melaksanakan rondaan dan pemantauan kawasan berisiko banjir di beberapa lokasi sekitar pusat bandar raya Kuching, bermula 9.00 pagi hingga12.00 tengah hari tadi.

Operasi pemantauan ini melibatkan kekuatan seramai tujuh anggota, diketuai oleh PBK II Ganisan Punisamy, dengan sokongan logistik sebuah jentera FRT dan sebuah kenderaan EMRS.

Antara lokasi yang terlibat dalam rondaan ialah Jalan Abg Abdul Rahim, Kwong Lee Bank, Lumba Kuda, Mendu, Kampung Kudei Lama, Kampung Bintangor, kawasan Tebingan KuchingsertaPadang Merdeka.

OPERASI pemantauan dengan sokongan logistik sebuah jentera FRT dan sebuah kenderaan EMRS. Foto JBPM Sarawak

Menurut Laporan Pemantauan, hasil rondaan mendapati keadaan di kawasan sekitar pasar berada dalam keadaan terkawal dan tiada kejadian banjir dilaporkan walaupun paras air sungai menunjukkan peningkatan berbanding paras normal.

Walau bagaimanapun, anggota bomba masih meneruskan pemantauan berikutan keadaan angin kencang dan hujan berterusan.

Trend paras air dilaporkan sedang meningkat, manakala keadaan cuaca hujan. JBPM Sarawak akan terus menjalankan pemantauan dari semasa ke semasa bagi memastikan keselamatan orang awam serta kesiapsiagaan menghadapi sebarang kemungkinan.

Oleh Norman B

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Pesta Bubur Pedas Sarawak bersama Toh Puan Fauziah, warisan tradisi diperkasa
Next: Eksklusif: Kebajikan mangsa banjir di PPS dijaga rapi, penduduk rasa lebih selesa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.