Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Pesta Bubur Pedas Sarawak bersama Toh Puan Fauziah, warisan tradisi diperkasa
  • TEMPATAN

Pesta Bubur Pedas Sarawak bersama Toh Puan Fauziah, warisan tradisi diperkasa

Utusan Sarawak 1 day ago
TOH Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi hadir menyerikan Pesta Bubur Pedas Sarawak di Bangunan Koperasi Perkumpulan Wanita Sarawak Berhad (KOPERWANIS), Metrocity Matang, hari ini. Foto UKAS

KUCHING: Isteri kepada Yang di-Pertua Negeri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi telah hadir menyerikan Pesta Bubur Pedas Sarawak di Bangunan Koperasi Perkumpulan Wanita Sarawak Berhad (KOPERWANIS), Metrocity Matang, hari ini.

Penganjuran Pesta Bubur Pedas pada tahun ini penuh dengan pengisian aktiviti yang bersifat pemerkasaan warisan dan keusahawanan, antaranya Pertandingan Membuat Bumbu Bubur Pedas serta Pertandingan Masakan Kreatif berasaskan Bumbu Bubur Pedas sebagai bahan utama.

Tiba di lokasi program tersebut Toh Puan Fauziah bersama Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkesempatan memasak bubur pedas sebagai simbolik perasmian pesta tersebut.

TOH Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi hadir menyerikan Pesta Bubur Pedas Sarawak di Bangunan Koperasi Perkumpulan Wanita Sarawak Berhad (KOPERWANIS), Metrocity Matang, hari ini. Foto UKAS

Dalam pada itu ketika ditemui pemberita, Pengerusi KOPERWANIS Norjanah Razali memberitahu, aktiviti ini bukan sahaja bertujuan memelihara resipi tradisi turun-temurun, malah membuka ruang inovasi dalam bidang gastronomi tempatan agar bumbu bubur pedas dapat dikomersialkan dan diketengahkan ke peringkat yang lebih luas.

Tambahnya, Pertandingan Membuat Bumbu Bubur Pedas ini telah dibuka kepada kesemua lima Cawangan Persekutuan Perkumpulan Wanita Sarawak (PPWS) seluruh Sarawak.

“Kita dah kenal pasti siapa yang memenang antara peserta proses membuat bumbu ini dan ia akan dijadikan sebagai produk Sarawak.

“Bubur pedas yang yang merupakan makanan tradisi kita harus angkat dan memartabatkan tetapi bumbu pedas tetapi bumbu itu sendiri sebagai produk Sarawak.

“Sebab itulah kita memang kuat hati nak membuat ini dan ia akan nanti menjadi pengeluaran untuk KOPERWANIS,” katanya.

Menurutnya, PPWS Cawangan Sri Aman daripada Maludam berjaya merangkul johan bagi pertandingan tersebut.

Tambahnya, bumbu ini akan cuba menghasilkan produk serta mendapatkan persijilan halal sebelum dipasarkan di seluruh Sarawak.

-UKAS

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Guna bot besar dan selamat ketika pindah, elak risiko buaya – Uggah
Next: JBPM Padungan laksana rondaan kawasan berisiko banjir di pusat bandar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.