Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Lelaki tempatan miliki enam rekod jenayah ditahan dalam Op Tapis Khas
  • JENAYAH

Lelaki tempatan miliki enam rekod jenayah ditahan dalam Op Tapis Khas

Utusan Sarawak 2 days ago
SUSPEK berusia 45 tahun telah ditahan polis dalam Operasi Tapis Khas yang dijalankan di Kampung Hulu, Saratok, petang semalam. Foto: IPD Saratok

SARATOK: Seorang lelaki tempatan ditahan dalam Operasi Tapis Khas yang dijalankan oleh pasukan Petugas Khas Op Tapis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok di Kampung Hulu, di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie berkata tangkapan itu dibuat antara 2.00 petang hingga 3.30 petang hasil operasi pemantauan dan pemeriksaan yang dilaksanakan oleh pasukan khas berkenaan.

Menurutnya, operasi tersebut dikendalikan oleh sepasukan anggota Petugas Khas yang diketuai Inspektor Wealy James bersama Sub Inspektor Engelbert serta dibantu beberapa anggota lain bagi membanteras kegiatan penyalahgunaan dadah di kawasan berkenaan.

“Bertindak atas maklumat awam, pasukan operasi telah membuat pemeriksaan ke atas seorang lelaki berusia 45 tahun yang disyaki terlibat sebagai penagih dadah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, suspek yang ditahan kemudiannya dibawa ke Balai Polis Saratok untuk tujuan ujian saringan air kencing bagi mengesahkan penglibatan dalam penyalahgunaan bahan terlarang.

“Hasil ujian saringan air kencing mendapati subjek positif terhadap dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine,” jelasnya.

Siasatan lanjut turut mendapati lelaki berkenaan mempunyai enam rekod lampau berkaitan kes narkotik dan jenayah, sekali gus menguatkan lagi syak wasangka terhadap penglibatannya.

DSP Mathew menambah, kes tersebut kini disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Tegasnya, IPD Saratok akan terus mempergiat operasi seumpama itu dari semasa ke semasa dan mengalu-alukan kerjasama masyarakat dalam menyalurkan maklumat bagi memerangi gejala dadah di daerah ini.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Polis tahan tiga lelaki disyaki terbabit penyalahgunaan dadah di Lawas
Next: SPRM gagalkan usaha larikan wang tunai RM2.4 juta berkaitan siasatan perolehan Tentera Darat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.