Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • BBP Bintangor tingkat kesiapsiagaan hadapi MTL
  • WILAYAH

BBP Bintangor tingkat kesiapsiagaan hadapi MTL

Utusan Sarawak 3 days ago
TREND MENURUN… Paras air yang membanjiri Jalan Mahkamah sedang surut semasa anggota bomba menjalankan rondaan pemantauan malam tadi. Foto BBP Bintangor

BINTANGOR: Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Bintangor telah menjalankan rondaan pemantauan monsun timur laut (MTL) di beberapa kawasan berisiko banjir bermula malam tadi hingga awal pagi tadi bagi memastikan keadaan semasa paras air.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Mahmudin Narudin, berkata rondaan tersebut melibatkan pemantauan di Jalan Mahkamah, Taman Bintang dan Jalan Wharf yang dikenal pasti sebagai kawasan berisiko banjir.

“Rondaan pemantauan telah dijalankan pada 8.00 malam di Jalan Mahkamah, diikuti di Taman Bintang pada 12.00 tengah malam dan seterusnya di Jalan Wharf, pada 4.00 pagi tadi.

“Hasil pemantauan mendapati paras air yang sebelum ini membanjiri Jalan Mahkamah menunjukkan trend penurunan dan keadaan di semua lokasi yang dipantau berada dalam keadaan terkawal,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, cuaca sepanjang rondaan pemantauan dijalankan adalah baik dan tidak menjejaskan pergerakan anggota bomba yang bertugas di lapangan.

“Tiada sebarang kes kecemasan dilaporkan sepanjang rondaan pemantauan MTL dijalankan.

“Pemantauan berterusan ini membolehkan tindakan segera diambil sekiranya berlaku sebarang situasi luar jangka yang boleh mengancam keselamatan penduduk,” katanya.

Beliau turut menasihatkan penduduk di kawasan rendah berisiko banjir agar sentiasa berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa sekiranya keadaan cuaca dan paras air berubah secara mendadak.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: RM36,000 diperuntukkan untuk komuniti Nanga Bilat
Next: Rondaan MTL: Trend air surut di Kampung Baru Seberang Sarikei

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.