Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Paras air di enam zon Kampung Pangtray meningkat, masih terkawal
  • WILAYAH

Paras air di enam zon Kampung Pangtray meningkat, masih terkawal

Utusan Sarawak 3 days ago
PARAS air di enam zon Kampung Pangtray di daerah ini menunjukkan trend menaik namun masih berada dalam keadaan terkawal dan selamat pada rondaan yang dijalankan 6.22 pagi tadi. Foto APM Daro

DARO: Paras air di enam zon Kampung Pangtray menunjukkan trend menaik namun masih berada dalam keadaan terkawal dan selamat.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Daro, Lt. (PA) Ra’idah Jomi berkata, rondaan yang dijalankan pada 6.22 pagi tadi mendapati paras air di Kampung Pangtray mencatatkan peningkatan dengan purata kenaikan antara 0.11 meter hingga 0.17 meter di setiap zon.

PARAS air di enam zon Kampung Pangtray di daerah ini menunjukkan trend menaik namun masih berada dalam keadaan terkawal dan selamat pada rondaan yang dijalankan 6.22 pagi tadi. Foto APM Daro

“Zon A Kampung Pangtray merekodkan paras air setinggi 0.32 meter dengan trend menaik, Zon B 0.64 meter (menaik), Zon C 0.25 meter (menaik).

“Zon D pula mencatatkan paras air 0.61 meter dengan trend menaik, kawasan kediaman Ketua Kaum 0.45 meter (menaik) manakala Sekolah Kebangsaan (SK) Pangtray mencatatkan paras air 0.62 meter dengan trend menaik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

PARAS air di enam zon Kampung Pangtray di daerah ini menunjukkan trend menaik namun masih berada dalam keadaan terkawal dan selamat pada rondaan yang dijalankan 6.22 pagi tadi. Foto APM Daro

Menurutnya, anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Daro terus menjalankan pemantauan rapi di kawasan yang berisiko banjir.

“Walaupun paras air menunjukkan peningkatan, semua kawasan yang dipantau setakat ini masih berada dalam keadaan terkawal dan selamat,” ujarnya.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 72 kes ular direkodkan di Bintangor pada 2025
Next: RM36,000 diperuntukkan untuk komuniti Nanga Bilat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.