Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Kemenangan ke atas Bournemouth, tanda ‘perkembangan’ Arsenal – Arteta
  • SUKAN

Kemenangan ke atas Bournemouth, tanda ‘perkembangan’ Arsenal – Arteta

Utusan Sarawak 3 days ago
DUA gol Declan Rice pada separuh masa kedua memastikan kemenangan 3-2 Arsenal ke atas Bournemouth awal pagi tadi. Foto AFP

BOURNEMOUTH (UK): Pengendali Arsenal, Mikel Arteta berkata keupayaan pasukannya bangkit selepas bolos awal untuk menewaskan Bournemouth 3-2 merupakan petanda jelas perkembangan Arsenal ketika mereka berusaha menamatkan penantian 22 tahun untuk menjulang kejuaraan Liga Perdana Inggeris.

Kemenangan itu menyaksikan The Gunners kini mendahului liga dengan kelebihan enam mata di hadapan Aston Villa, serta tujuh mata di depan Manchester City yang masih mempunyai satu perlawanan dalam tangan dan bakal menentang Chelsea pada Ahad.

Kesilapan jarang dilakukan oleh Gabriel Magalhaes menghadiahkan Bournemouth gol pembukaan awal perlawanan, namun pertahanan tengah Brazil itu segera menebus kesilapannya apabila menjaringkan gol penyamaan di hujung padang lawan.

Dua gol pada separuh masa kedua oleh Declan Rice kemudiannya memastikan tiga mata menjadi milik Arsenal, meskipun Bournemouth diberi harapan lewat permainan hasil jaringan menarik Eli Kroupi.

“Mereka pasukan yang sangat bagus. Kami menyukarkan diri sendiri dengan bolos gol pertama, tetapi saya sangat menyukai karakter yang ditunjukkan pasukan,” kata Arteta.

“Saya sangat kagum dengan karakter Gabriel. Cara dia mengatasi situasi itu sungguh luar biasa.

“Ia menggambarkan sejauh mana kami telah berkembang. Pasukan menemui jalan untuk menewaskan mereka dan ini adalah kemenangan yang amat besar.”

Rice sebelum ini diragui tahap kecergasannya selepas terlepas perlawanan Selasa lalu yang menyaksikan Arsenal membelasah Aston Villa 4-1 akibat bengkak di lutut.

Arteta berkata pemain tengah antarabangsa England itu memaksa dirinya untuk kembali berada dalam kesebelasan utama dan akhirnya muncul sebagai wira perlawanan dengan menggandakan jumlah jaringan musimannya.

“Dia telah mengerah dirinya ke tahap maksimum dan pasukan menerima ganjaran menerusi dua gol yang hebat,” tambah Arteta.

“Saya rasa ini kali pertama dia menjaringkan dua gol dalam satu perlawanan Liga Perdana Inggeris, jadi ya, ia satu hari yang sangat bermakna untuk dikenang.”

– AFP

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: KRW FC gagal manfaat peluang, tewas 0-1 kepada Kuching City
Next: KV Miri Landas Youth Team juara Liga Kejuaraan Bola Sepak Belia Petronas 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.