Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Kuarters sekolah terbakar di Asajaya, tiada mangsa dilaporkan
  • KEBAKARAN

Kuarters sekolah terbakar di Asajaya, tiada mangsa dilaporkan

Utusan Sarawak 7 hours ago
ANGGOTA bomba menjalankan operasi pemadaman kebakaran melibatkan sebuah rumah kuarters di SK Terasi, Asajaya.

ASAJAYA: Sebuah rumah kuarters di Sekolah Kebangsaan (SK) Terasi, di sini musnah sepenuhnya dalam satu kejadian kebakaran yang berlaku petang tadi.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sarawak menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 6.00 petang sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Asajaya digerakkan ke lokasi kejadian.

Menurut pihak bomba, jentera pertama tiba di lokasi pada 6.19 petang selepas menempuh jarak sekitar 16 kilometer.

Operasi pemadaman turut dibantu oleh Balai Bomba dan Penyelamat Kota Samarahan.

Sebaik tiba, didapati kebakaran melibatkan sebuah rumah kuarters berstruktur separuh kekal yang telah terbakar sepenuhnya.

Anggaran keluasan rumah berkenaan adalah sekitar 20×40 kaki persegi.

Bagaimanapun, tiada mangsa dilaporkan terlibat atau mengalami kecederaan dalam kejadian tersebut, sekali gus mengelakkan tragedi lebih buruk.

Operasi pemadaman dan kawalan kebakaran diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan II Rosli Muhi. Punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Oleh Adele Rissa

Continue Reading

Previous: Puluhan maut, kira-kira 100 cedera dalam kebakaran bar di Switzerland

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.