
MIRI: Laluan di Senadin Venture Light Industrial Park di sini terganggu sementara petang tadi apabila pokok tumbang dan menghalang sebahagian jalan.
Menurut Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat (BBP) Lutong, Henry Jugah, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 4.38 petang sebelum sepasukan bomba digerakkan ke lokasi.
Katanya, setibanya di lokasi, pasukan bomba mendapati pokok tumbang berkenaan menghalang kira-kira 50 peratus laluan jalan dan berpotensi membahayakan pengguna jalan raya.

“Pasukan bertindak memotong serta mengalihkan sisa pokok berkenaan sehingga laluan dapat dibuka sepenuhnya dan selamat digunakan,” katanya di sini.
Operasi ditamatkan pada 5.07 petang selepas keadaan disahkan selamat, tanpa melibatkan sebarang kecederaan atau kemalangan.
Oleh Liong Chai Ling