
LAWAS: Seramai 89 mangsa banjir yang melibatkan 34 orang kanak-kanak, tiga bayi, 13 warga emas, dan 39 dewasa, manakala Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hwa Trusan menempatkan seramai 43 mangsa.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Lawas, Leftenan (PA) Maradona Tatah memberitahu semua mangsa adalah daripada 11 kampung di Siang-siang hingga ke Trusan.

“Dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah dibuka sejak pagi tadi iaitu Dewan Masyarakat Trusan dan SJK Chung Hwa Trusan.
“Mangsa berpindah adalah dari Kampung Siang-siang, Jalan Trusan, Kampung Tanjung Trusan, Kampung Gelapas Trusan, Kampung Balai Trusan, Kampung Senduyun Trusan, Kampung Luagan Kelilang Trusan, Kampung Sebarang Kedai Trusan, Kampung Masjid Trusan, Kampung Lintang Trusan dan Kampung Tengah Trusan,” katanya ketika dihubungi media, petang tadi.
Beliau terus memohon agar penduduk dikawasan berisiko banjir untuk lebih peka dan waspada dengan keadaan cuaca yang telah dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia
Ahli Parlimen Lawas, Dato Henry Sum Agong sempat melawat di kedua-dua PPS berkenaan pada 2.00 petang tadi dan menyampaikan sumbangan daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).
Oleh Adeng Edrus