Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • 1,140 mangsa masih berlindung di 10 PPS, trend pemindahan meningkat
  • TEMPATAN

1,140 mangsa masih berlindung di 10 PPS, trend pemindahan meningkat

Utusan Sarawak 8 hours ago
INFOGRAFIK bencana MTL di Sarawak. Foto Facebook APM Sarawak

KUCHING: Jumlah mangsa banjir di Sarawak terus menunjukkan peningkatan apabila seramai 1,140 orang daripada 287 Ketua Isi Rumah (KIR) masih berlindung di 10 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang aktif setakat 8.00 pagi tadi.

Berdasarkan laporan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sarawak, PPS yang dibuka melibatkan empat daerah iaitu Kuching, Samarahan, Lawas dan Miri, dengan trend pemindahan mangsa dilaporkan meningkat berikutan keadaan cuaca yang masih tidak menentu.

Kuching kekal mencatatkan jumlah mangsa tertinggi apabila tujuh PPS beroperasi, menempatkan 1,095 mangsadaripada 275 KIR.

Antara pusat yang dibuka ialah Dewan Masyarakat Stapok, Dewan R. Piang Kampung Sinar Budi Baru, Surau Ar-Rahman Kampung Sungai Batu, Dewan Surau Nurul Najhin Stapok, Dewan Serbaguna Taman Malihah, SJK Sungai Tengah serta SJK Chung Hua Batu Kawa.

INFOGRAFIK bencana MTL di Sarawak. Foto Facebook APM Sarawak

Di Samarahan, sebuah PPS di Dewan Suarah Kota Samarahan menempatkan 25 mangsa daripada lapan KIR. 

Lawas pula merekodkan pembukaan PPS baharu di Dewan Masyarakat Trusan susulan kejadian banjir, melibatkan 16 mangsa daripada tiga KIR.

Sementara itu di Miri, kejadian tanah runtuh menyebabkan empat mangsa daripada satu KIR ditempatkan di PPS Dewan Bulan Sabit Merah sebagai langkah keselamatan.

APM Sarawak memaklumkan kesemua PPS yang beroperasi ketika ini berada dalam status kekal, dengan pemantauan berterusan dilaksanakan bagi memastikan kebajikan serta keselamatan mangsa sentiasa terpelihara.

Orang ramai, khususnya penduduk di kawasan berisiko, dinasihatkan agar terus berwaspada, mematuhi arahan pihak berkuasa dan segera berpindah ke PPS yang disediakan sekiranya diarahkan berbuat demikian.

Oleh Shahrul Qaizat 

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: PPS SJKC Chung Hua Sejijak terkawal, mangsa banjir selamat
Next: AirBorneo lancar penerbangan sulung Kuching–Mukah, Kuching–Tanjung Manis

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.