Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Rayuan dana RM200,000 bantu Athalia jalani pemindahan hati di Shanghai
  • Utara
  • WILAYAH

Rayuan dana RM200,000 bantu Athalia jalani pemindahan hati di Shanghai

Utusan Sarawak 9 hours ago
ATHALIA Feodora Augustine, yang menghidap penyakit hati kronik Biliary Atresia, memerlukan bantuan kewangan untuk menjalani pembedahan pemindahan hati di Shanghai, China.

BINTULU: Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun, Athalia Feodora Augustine, kini memerlukan sumbangan dana sebanyak RM200,000 bagi menjalani pembedahan pemindahan hati yang dijadualkan dilaksanakan di Hospital Renji, Shanghai di China dalam masa terdekat.

Permohonan sumbangan itu dikendalikan oleh Pertubuhan Kebajikan Nadi Permata Malaysia (NPM), sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berpengalaman menguruskan kes pemindahan hati melibatkan kanak-kanak Malaysia di luar negara.

Menurut kenyataan NPM, Athalia yang menghidap penyakit hati kronik Biliary Atresia telah menerima rawatan susulan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sejak 26 Oktober lalu bagi menstabilkan keadaannya sementara menunggu penderma yang sesuai serta kelulusan etika daripada kerajaan China.

“Tempoh rawatan ini amat kritikal kerana keadaan pesakit perlu distabilkan bagi memastikan beliau cukup kuat untuk menjalani pembedahan pemindahan hati,” katanya.

Tambah kenyataan itu, selepas melalui proses pemantauan rapi dan persediaan perubatan, Athalia kini disahkan bersedia untuk menjalani pembedahan pemindahan hati di Shanghai, yang merupakan satu-satunya rawatan jangka panjang bagi menyelamatkan nyawanya.

Kos keseluruhan rawatan dianggarkan sebanyak RM200,000 merangkumi perbelanjaan pembedahan, penginapan, pengangkutan, barangan perubatan, tiket penerbangan serta kos pengurusan berkaitan termasuk visa dan logistik sepanjang tempoh rawatan di China.

NPM memaklumkan, pihaknya telah beroperasi lebih 10 tahun dan berjaya membantu lebih 40 pesakit kanak-kanak Malaysia menjalani pembedahan pemindahan hati di Shanghai.

Sehubungan itu, orang ramai dan pihak berkaitan dialu-alukan untuk menghulurkan sumbangan ikhlas bagi membantu meringankan beban keluarga pesakit serta memastikan rawatan yang amat diperlukan dapat dilaksanakan segera.

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Pertubuhan Kebajikan Nadi Permata Malaysia melalui Maybank 5515-7530-7417 dengan rujukan BANTUAN ATHALIA BA.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan kepada pihak Nadi Permata Malaysia di talian 013-7444501.

Oleh Carolyne Utih

Continue Reading

Previous: Ular sawa ceroboh stor kilang berjaya ditangkap
Next: Chiew Choon Man komited terus perjuang pembangunan dan kebajikan rakyat Miri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.