Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Ular sawa ceroboh stor kilang berjaya ditangkap
  • Tengah
  • WILAYAH

Ular sawa ceroboh stor kilang berjaya ditangkap

Utusan Sarawak 10 hours ago
DITANGKAP… Anggota bomba berjaya menangkap ular sawa di stor kilang. Foto BBP Sarikei

SARIKEI: Seekor ular sawa berjaya ditangkap oleh anggota bomba selepas dikesan memasuki stor sebuah kilang di Jalan Kwong Ming, pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei, Arrahman Chik, panggilan kecemasan berhubung penemuan ular sawa diterima pada 8.20 pagi.

“Tiga anggota bomba bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan.

“Setibanya di lokasi, dapati terdapat seekor ular sawa berada di dalam stor kilang tersebut,” katanya ketika dihubungi.

Tambahnya, ular berjaya ditangkap menggunakan alat pengepit dan penjerut tersebut.

“Ular sawa yang telah ditangkap akan dilepaskan semula ke habitat asal.

“Khidmat khas di lokasi selesai sepenuhnya pada 8.56 pagi,” katanya.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Empat batang paip HDPE dicuri di kawasan Bekenu–Tiris
Next: Rayuan dana RM200,000 bantu Athalia jalani pemindahan hati di Shanghai

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.