Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Tun Wan Junaidi, Toh Puan Fauziah ucap Selamat Tahun Baharu 2026 kepada seluruh rakyat Sarawak
  • SEMASA

Tun Wan Junaidi, Toh Puan Fauziah ucap Selamat Tahun Baharu 2026 kepada seluruh rakyat Sarawak

Utusan Sarawak 10 hours ago

KUCHING: Ketika tirai 2025 melabuhkan tirainya dan lembaran 2026 terbuka, Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi, menzahirkan harapan agar tahun yang mendatang membawa ketenteraman, kejelasan arah dan kekuatan jiwa kepada masyarakat.

Tun Wan Junaidi meyatakan bahawa tahun baharu ini perlu dijadikan medan untuk memperteguh iltizam, memperkemas pelaksanaan serta memastikan setiap usaha diterjemahkan kepada hasil yang memberi manfaat bersama.

“Dalam konteks ini, semangat kebersamaan, rasa saling menghormati dan jalinan silaturahim hendaklah terus dipelihara sebagai asas kepada kestabilan, kemajuan dan kesejahteraan Sarawak,” katanya dalam satu perutusan khas Tahun Baharu 2026, hari ini.

Beliau turut mendoakan agar seluruh rakyat dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, keharmonian dalam kehidupan berkeluarga, kejayaan dalam setiap ikhtiar serta suasana aman dan makmur yang berterusan.

Tahun 2026 diharapkan menjadi ruang untuk bermuhasabah, menyemai kesyukuran dan melangkah ke hadapan dengan azam yang lebih utuh demi masa depan Sarawak dan generasi akan datang.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: AirBorneo pacu pelancongan Sarawak secara berperingkat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.