Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Bomba pantau lokasi tanah runtuh di Nanga Serau
  • WILAYAH

Bomba pantau lokasi tanah runtuh di Nanga Serau

Utusan Sarawak 9 hours ago
TANAH RUNTUH… Anggota bomba memantau keadaan tanah runtuh di kawasan pembinaan Rumah Steven Jinggut, Nanga Serau, hari ini. Foto BBP Bintangor

JULAU: Tanah runtuh di kawasan pembinaan Rumah Steven Jinggut, Nanga Serau hari ini mengundang pemantauan ketat susulan faktor risiko pergerakan tanah semula.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Mahmudin Narudin, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8.27 pagi.

“Tiga anggota bomba diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) I Mijan Pamin bergegas ke lokasi untuk operasi pemantauan dan penilaian keselamatan selepas menerima panggilan kecemasan.

“Setibanya di lokasi, didapati berlaku tanah runtuh di bahagian belakang rumah panjang tersebut dengan anggaran kawasan terlibat seluas 50×80 meter,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Tambahnya, rumah panjang yang masih dalam pembinaan dan tiada penghuni ketika kejadian tanah runtuh dilaporkan berlaku.

“Penilaian turut dilakukan bersama agensi lain yang hadir bagi menilai tahap risiko keselamatan kawasan tersebut termasuk status tanah, struktur pembinaan dan potensi impak sekiranya berlaku hujan lebat berpanjangan.

“Setelah pemantauan dijalankan, lokasi berkenaan didapati berisiko dan berkemungkinan berlaku semula pergerakan tanah jika menerima hujan lebat berpanjangan.

“Kami telah memaklumkan situasi dan tahap risiko kepada Tuai Rumah Steven Jinggut serta menasihati agar langkah berjaga-jaga diambil selaras penilaian keselamatan semasa,” katanya.

Katanya, antara agensi lain yang turut berada di lokasi ialah dua orang anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), seorang kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan lima wakil dari pihak wakil rakyat.

“Pemantauan akan diteruskan dari semasa ke semasa terutama sepanjang musim monsun timur laut (MTL) bagi memastikan keselamatan komuniti setempat sentiasa terjamin.

“Operasi pemantauan selesai sepenuhnya pada 11.50 pagi,” katanya.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: IPD Lawas anjurkan program berpusat tangani isu dadah
Next: Chee Kadir komited teruskan kejohanan Bola Sepak Pantai Veteran Kabong 2026

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.