Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Sukan satukan komuniti, bakat muda Lingga terus diperkasa
  • Tengah
  • WILAYAH

Sukan satukan komuniti, bakat muda Lingga terus diperkasa

Utusan Sarawak 10 hours ago
DAYANG Noorazah hadir pada Majlis Penutupan Pertandingan Bola Sepak Sembilan Sebelah sempena Karnival Sukan SABERKAS (KASUS) yang berlangsung penuh meriah di Kampung Triso, Maludam, petang tadi. Foto: ADUN Lingga

MALUDAM: Sukan bukan sekadar medan pertandingan, sebaliknya menjadi wahana penyatuan komuniti, pembentukan sahsiah belia serta platform mengisi masa lapang secara sihat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor berkata, kejayaan penganjuran sesuatu acara sukan lahir daripada kerjasama erat semua pihak, termasuk penganjur, penaja, pemimpin setempat dan komuniti kampung yang sentiasa memberikan sokongan padu.

“Setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada semua pasukan yang menyertai pertandingan ini.

“Anda semua adalah juara kerana mempamerkan semangat kesukanan yang tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutupan Pertandingan Bola Sepak Sembilan Sebelah sempena Karnival Sukan SABERKAS (KASUS) yang berlangsung penuh meriah di Kampung Triso, Maludam, petang tadi.

Dayang Noorazah turut menegaskan bahawa pembangunan sukan dan belia akan terus menjadi fokus utama di kawasan Lingga bagi menyediakan lebih banyak ruang dan platform agar bakat muda dapat terus berkembang secara positif.

Majlis penutupan tersebut diserikan dengan kehadiran serta sokongan padu warga kampung dan komuniti setempat yang membuktikan semangat kebersamaan masih kukuh dalam kalangan masyarakat.

SEBAHAGIAN peserta dan komuniti setempat yang memeriahkan Majlis Penutupan Karnival Sukan SABERKAS (KASUS) di Kampung Triso, Maludam.

Sebanyak 11 pasukan telah menyertai pertandingan ini, antaranya Team Real Triso, Team FIFA FC Maludam, Triso Village, Pusaka Borneo (Triso), Triso FC, Maludam TYGA FC A dan B, Thunder FC (Semarang), Maksu FT (Maludam), RB Spinang, Semarang Junior United serta Spinang Junior.

Pada kesempatan itu, Dayang Noorazah turut merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada SABERKAS (KASUS), Jawatankuasa Penganjur, para penaja serta semua pemimpin dan komuniti kampung yang telah berganding bahu menjayakan karnival sukan berkenaan.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Kemudahan asas Kampung Kupang dinaik taraf, tingkat kesejahteraan penduduk
Next: Program gotong-royong ‘Love in Action’ santuni rumah kebajikan di Miri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.