Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • ADUN Kota Sentosa hargai peranan media, gesa laporan bertanggungjawab dan konstruktif
  • TEMPATAN

ADUN Kota Sentosa hargai peranan media, gesa laporan bertanggungjawab dan konstruktif

Utusan Sarawak 11 hours ago
ADUN Kota Sentosa, Wilfred Yap Yau Sin berucap pada Majlis Penghargaan Media di Hall 3, Grand Reverine, hari ini. Foto Shikin Mahmud

KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Sentosa, Wilfred Yap Yau Sin, menzahirkan penghargaan tulus kepada pengamal media atas peranan penting mereka dalam menyampaikan maklumat yang tepat, benar dan bertanggungjawab kepada masyarakat.

Beliau menegaskan bahawa Majlis Penghargaan Media ini bukan bersifat politik, sebaliknya sebagai tanda penghargaan kepada wartawan, penulis, jurugambar, jurukamera serta pencipta kandungan yang sentiasa komited menjalankan tugas dengan integriti dan profesionalisme.

Menurutnya, tugas media bukan sekadar melaporkan acara, malah berperanan menterjemahkan dasar dan inisiatif kerajaan agar mudah difahami rakyat, di samping menjadi saluran maklum balas daripada masyarakat kepada pembuat dasar.

“Kerja anda membantu membentuk kefahaman rakyat, dan lebih penting lagi membantu kerajaan mendengar dengan lebih baik,” katanya pada Majlis Penghargaan Media di sini, malam ini.

Beliau berkata, di bawah kepimpinan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, pelbagai dasar dan inisiatif melibatkan pendidikan, infrastruktur, kesihatan, ekonomi digital serta pembangunan berteraskan rakyat memerlukan komunikasi yang jelas dan tepat agar impaknya benar-benar dirasai masyarakat.

Sehubungan itu, Wilfred Yap menggalakkan media terus menyampaikan maklum balas secara konstruktif daripada akar umbi bagi membolehkan kerajaan Sarawak menambah baik dasar sedia ada serta memperkukuh pelaksanaannya.

Beliau turut menekankan kepentingan laporan berasaskan fakta dan bukti, khususnya dalam menyalurkan aduan rakyat, bagi memastikan tindakan susulan dapat diambil secara berkesan dan berintegriti.

Sebagai wakil rakyat Kota Sentosa, beliau memberi jaminan akan terus memperjuangkan kebajikan penduduk agar kawasan tersebut tidak ketinggalan dalam arus pembangunan negeri, sama ada dari segi infrastruktur, pendidikan, kesejahteraan sosial mahupun pembangunan komuniti.

Mengakhiri ucapannya, Wilfred Yap menegaskan bahawa peranan media amat dihargai dalam memastikan ketelusan, tanggungjawab dan kesedaran awam, sambil berharap kerjasama erat antara media dan kepimpinan setempat dapat diteruskan demi kepentingan rakyat dan kemajuan Sarawak.

Oleh Shikin Mahmud

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Semangat toleransi, hormat-menghormati kekuatan utama rakyat Sarawak
Next: Elemen hiburan tidak bersesuaian digugurkan, sambutan ambang Tahun Baharu Miri diteruskan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.