Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Nostalgia terjalin semula, alumni SK Abang Galau bersatu di Reunion Retro
  • Tengah
  • WILAYAH

Nostalgia terjalin semula, alumni SK Abang Galau bersatu di Reunion Retro

Utusan Sarawak 12 hours ago
UCAPAN…..Ahli Parlimen Tanjong Manis, Dato Ir. Yusof Abd Wahab berucap di majlis Reunion SK Abang Galau, semalam. Foto Pusat Parlimen Tanjong Manis

TANJUNG MANIS: Nostalgia, tawa dan memori terjalin kembali dalam majlis reunion Sekolah Kebangsaan (SK) Abang Galau 2025 yang menghimpunkan bekas murid serta pendidik sekolah tersebut di Dewan Masyarakat Kampung Rajang, semalam.

Hadir bagi merasmikan majlis ialah Ahli Parlimen Tanjong Manis, Dato Ir. Yusuf Abd Wahab.

Katanya, majlis tersebut amat sesuai untuk mengeratkan semula hubungan setelah sekian lama membawa haluan masing-masing.

“SK Abang Galau bukan sekadar sebuah institusi pendidikan, tetapi menjadi sebahagian penting dalam perjalanan hidup para alumninya.

TAHNIAH….Pemenang cabutan bertuah menerima hadiah cabutan bertuah daripada Dato Ir. Yusof Abd Wahab. Foto Pusat Parlimen Tanjong Manis

“Reunion seperti ini bukan hanya tentang nostalgia, tetapi platform strategik untuk memperkukuh jaringan sosial, mempererat hubungan alumni dan menyumbang kembali kepada pembangunan sekolah, kampung serta generasi akan datang,” katanya ketika berucap pada majlis tersebut.

Beliau juga memberi komitmen berterusan terhadap usaha pembangunan pendidikan dan infrastruktur di Kampung Rajang dan kawasan sekitarnya.

“Antara projek yang telah dilaksanakan termasuk kerja-kerja naik taraf tempat letak kenderaan SK Abang Galau Rajang bernilai RM100,000 melalui Projek Mesra Rakyat (PMR) 2023 serta kerja-kerja baik pulih bangunan dan naik taraf perkarangan Tabika Kemas Kampung Rajang bernilai RM100,000 pada 2024,” katanya.

Yusof turut menyatakan penghargaan kepada pihak penganjur atas kejayaan menganjurkan majlis tersebut.

“Saya amat menghargai usaha jawatankuasa yang bekerja keras memastikan penganjuran malam reunion ini berjalan dengan teratur, meriah dan bermakna.

“Sokongan terhadap aktiviti alumni akan terus diberi perhatian sebagai sebahagian daripada agenda sosial dan komuniti di kawasan Parlimen Tanjong Manis,” katanya.

Majlis turut diserikan dengan pelbagai aktiviti seperti pertandingan karaoke, pertandingan fesyen kanak-kanak serta cabutan bertuah yang menghidupkan suasana majlis sepanjang malam.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Operasi SAR remaja hilang di Sungai Kelai diteruskan hari ketiga
Next: Penutupan lorong Lebuh Raya Pan Borneo Miri–Bintulu bermula 5 Januari depan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.