Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • BBP Sarikei terus laksana rondaan pemantauan MTL
  • Tengah
  • WILAYAH

BBP Sarikei terus laksana rondaan pemantauan MTL

Utusan Sarawak 12 hours ago
RONDAAN PEMANTAUAN….Anggota bomba menjalankan rondaan pemantauan di Terminal Ekspress I. Foto BBP Sarikei

BINTANGOR: Paras air Sungai Sarikei didapati berada pada trend pasang ketika rondaan pemantauan Monsun Timur Laut (MTL) dijalankan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei pada malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei, Arrahman Chik, berkata rondaan pemantauan tersebut dijalankan pada 8.00 malam bertempat di Terminal Ekspress I dengan kekuatan dua anggota bomba.

“Pemantauan mendapati paras air berada dalam keadaan pasang dan terkawal meskipun cuaca hujan.

“Rondaan ini adalah sebahagian langkah kesiapsiagaan kami untuk memantau risiko banjir di kawasan rendah, terutama sepanjang MTL,” katanya.

Tambahnya, anggota bomba bertugas akan terus melaksanakan rondaan berjadual dan memberi perhatian kepada kawasan berisiko.

“Walaupun paras air menaik, keadaan setakat ini masih berada pada tahap selamat.

“Pihak kami sentiasa bersedia memberi respons segera sekiranya menerima panggilan kecemasan,” katanya.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Sambutan Gawai Antu di Sungai Kawi bukti identiti Dayak terus kukuh
Next: Operasi SAR remaja hilang di Sungai Kelai diteruskan hari ketiga

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.