Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • 50 kanak-kanak sertai Program Khatan Perdana 2025 di Kota Samarahan
  • TEMPATAN

50 kanak-kanak sertai Program Khatan Perdana 2025 di Kota Samarahan

Utusan Sarawak 21 hours ago
SERAMAI 50 kanak-kanak menyertai Majlis Khatan Perdana 2025 di Dewan Suarah Kota Samarahan, hari ini. Foto UKAS

KOTA SAMARAHAN: Seramai 50 kanak-kanak menyertai Majlis Khatan Perdana 2025 anjuran Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) Cawangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Muara Tuang dengan kerjasama Pegawai Perubatan Hospital Jantung Kota Samarahan yang diadakan di Dewan Suarah Kota Samarahan, hari ini.

Timbalan Speaker DUN Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Muara Tuang, Dato Idris Buang berkata, program khatan perdana bukan sahaja bertujuan meringankan beban kewangan ibu bapa, malah menjadi wadah untuk memperkukuh ukhuwah semangat kebersamaan serta nilai keberanian dalam kalangan kanak-kanak sebagai langkah awal menuju alam kedewasaan.

“Berkhatan merupakan tuntutan wajib dalam Islam dan satu identiti penting seorang Muslim, selain memberi manfaat besar dari sudut kesihatan. Kini, amalan ini turut mendapat perhatian masyarakat pelbagai agama kerana kebaikannya,” katanya.

SERAMAI 50 kanak-kanak menyertai Majlis Khatan Perdana 2025 di Dewan Suarah Kota Samarahan, hari ini. Foto UKAS

Beliau berkata demikian menerusi teks ucapan yang dibacakan oleh Timbalan Pengerusi SABERKAS Cawangan Muara Tuang, Datin Nurhidayah Hussain semasa berucap dalam majlis tersebut.

Beliau yang juga merangkap Pengerusi SABERKAS Muara Tuang, berharap program kebajikan seumpama ini dapat diteruskan secara konsisten pada masa hadapan sebagai usaha berterusan menjaga kesejahteraan masyarakat setempat.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi SABERKAS Cawangan Muara Tuang, Kr Aziz Mohammad dalam ucapan alu-aluannya memaklumkan bahawa program tersebut merupakan antara usaha berterusan SABERKAS dalam mendekati masyarakat melalui aktiviti kebajikan dan kesihatan.

Jelasnya, pelaksanaan program ini mendapat khidmat nasihat serta sokongan daripada Kelab Berkhatan Pembantu Perubatan Negeri Sarawak, melibatkan petugas perubatan berpengalaman dan terlatih bagi memastikan prosedur khatan dijalankan dengan selamat dan teratur.

 -UKAS

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Jambatan konkrit Batang Ai buka akses baharu penduduk Engkelili
Next: 60 peratus unit Rumah Sungai Bedaun Darul Hana sudah didiami – LCDA

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.