

LAWAS: Dua lelaki tempatan ditahan setelah didapati positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine di Jalan Punang.
Ketua Polis Daerah Lawas, DSP Liong Tindan berkata kedua-dua lelaki berkenaan masing-masing berusia 40 dan 37 tahun yang menaiki kereta telah ditahan pada 11.15 pagi, bertempat di Jalan Punang.
“Kedua-duanya bekerja sendiri. Pemeriksaan badan dan kenderaan tidak menjumpai barang salah atau dadah.
Walau bagaimanapun hasil ujian air kencing mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.
Semakan kesalahan lampau mendapati seorang mempunyai dua kesalahan lampau dan seorang lagi mempunyai satu kesalahan lampau berkaitan dadah,” katanya dalam satu kenyataan petang ini.
Kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.
Oleh Adeng Edrus