Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Jambatan konkrit Batang Ai buka akses baharu penduduk Engkelili
  • TEMPATAN

Jambatan konkrit Batang Ai buka akses baharu penduduk Engkelili

Utusan Sarawak 5 hours ago
LAKARAN projek pembinaan jambatan konkrit baharu merentasi Sungai Batang Ai yang disasarkan siap sepenuhnya pada 13 November 2027. Foto JKR Sarawak

SIMANGGANG: Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak memaklumkan bahawa projek pembinaan jambatan konkrit baharu merentasi Sungai Batang Ai dijangka menjadi pemangkin utama kepada peningkatan kemudahan infrastruktur serta kesejahteraan penduduk di Engkelili Bazaar dan kawasan sekitarnya.

Menurut kenyataan itu, projek berimpak tinggi terbabit akan melibatkan pembinaan jambatan konkrit bertetulang (RC Bridge) dengan kelebaran 11.5 meter, selain kerja-kerja pembinaan jalan akses yang menghubungkan rangkaian jalan sedia ada ke jambatan baharu berkenaan.

Projek berkenaan dijadualkan bermula pada 14 November lalu dan disasarkan siap sepenuhnya pada 13 November 2027, selaras dengan perancangan kerajaan negeri untuk memperkukuh jaringan perhubungan luar bandar.

JKR Sarawak menjelaskan bahawa pembinaan jambatan tersebut akan memudahkan pergerakan harian penduduk yang sebelum ini bergantung kepada laluan air untuk menyeberangi Sungai Batang Ai, sekali gus menjimatkan masa perjalanan serta meningkatkan tahap keselamatan pengguna.

Selain itu, kemudahan baharu ini dijangka memperbaiki akses penduduk kepada perkhidmatan asas termasuk sekolah, klinik kesihatan dan pusat perniagaan, sekali gus menyokong keperluan sosial serta pendidikan masyarakat setempat.

Projek jambatan konkrit itu juga dilihat berpotensi merangsang pertumbuhan ekonomi tempatan melalui peningkatan aktiviti perdagangan, perkhidmatan dan pelancongan, khususnya di sekitar Pekan Engkelili yang mempunyai nilai strategik dari segi lokasi.

JKR Sarawak menegaskan komitmen pihaknya untuk memastikan pelaksanaan projek berjalan mengikut spesifikasi dan jadual yang ditetapkan demi memastikan manfaat jangka panjang dapat dinikmati oleh penduduk setempat.

Pembinaan jambatan baharu ini bukan sahaja menjadi simbol pembangunan infrastruktur, malah melambangkan harapan baharu ke arah peningkatan kualiti hidup dan kemajuan berterusan masyarakat di kawasan pedalaman Sarawak.

Oleh Adi Safarman

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Sarawak Energy capai hampir 250,000 pokok ditanam menerusi kempen pemulihan habitat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.