Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Cadangan pembinaan masjid baharu Kampung Kupang tunggu kelulusan Majlis Islam Sarawak
  • WILAYAH

Cadangan pembinaan masjid baharu Kampung Kupang tunggu kelulusan Majlis Islam Sarawak

Utusan Sarawak 17 hours ago
ADUN Kalaka, Mohamad Duri bersama ketua masyarakat dan ketua kaum Kampung Kupang telah mengadakan lawatan tapak bagi meninjau kawasan cadangan pembinaan masjid baharu tersebut, semalam. Foto ADUN Kalaka

SARATOK: Cadangan pembinaan Masjid Baharu Kampung Kupang disifatkan sebagai satu keperluan mendesak bagi menampung pertambahan jemaah yang semakin meningkat seiring perkembangan komuniti setempat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata, kemudahan masjid sedia ada tidak lagi mampu menampung keperluan penduduk kampung, khususnya ketika solat Jumaat dan penganjuran program keagamaan berskala besar.

Menurut beliau, Pusat Khidmat ADUN Kalaka bersama Lembaga Amanah Kebajikan Islam Saratok (LAKIS) telah mengadakan perbincangan awal berhubung cadangan tersebut dan permohonan rasmi pembinaan Masjid Baharu Kampung Kupang telah dikemukakan kepada Majlis Agama Islam Sarawak (MAIS) dan kini masih menunggu kelulusan.

Beliau menegaskan, proses libat urus bersama agensi pelaksana iaitu Jabatan Kerja Raya (JKR) akan diadakan dalam masa terdekat bagi meneliti aspek pemilihan tapak, perancangan reka bentuk serta pelaksanaan projek secara teratur dan berkualiti.

“Perancangan yang rapi amat penting bagi memastikan pembinaan masjid ini dapat direalisasikan mengikut keperluan penduduk serta memenuhi spesifikasi yang ditetapkan,” katanya.

ADUN Kalaka, Mohamad Duri bersama ketua masyarakat dan ketua kaum Kampung Kupang telah mengadakan lawatan tapak bagi meninjau kawasan cadangan pembinaan masjid baharu tersebut, semalam. Foto ADUN Kalaka

Dalam perkembangan berkaitan, Mohamad Duri bersama Penghulu Misis Aris, Kaunselor Aton Tar serta dua Ketua Kaum Kampung Kupang iaitu Majenan Jamin dan Jepri Johari telah mengadakan lawatan tapak bagi meninjau kawasan cadangan pembinaan masjid baharu tersebut, kelmarin.

Lawatan berkenaan bertujuan mendapatkan gambaran awal mengenai kesesuaian lokasi serta mengambil kira faktor akses, keselamatan dan kemudahan awam bagi keselesaan jemaah pada masa hadapan.

Mohamad Duri berharap pembinaan Masjid Baharu Kampung Kupang kelak bukan sahaja berfungsi sebagai pusat ibadah, malah menjadi pemangkin kepada penyatuan masyarakat serta pembangunan ummah yang lebih menyeluruh di kawasan berkenaan.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: RM20,000 diperuntukkan untuk Gereja St Gerard Sekuau di Sibu
Next: ADUN Kabong salur sumbangan kepada agensi, pertubuhan di Saratok

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.