Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Perutusan: Uggah gesa penganut Kristian sokong Premier demi Sarawak harmoni, bersatu dan makmur
  • TEMPATAN

Perutusan: Uggah gesa penganut Kristian sokong Premier demi Sarawak harmoni, bersatu dan makmur

Utusan Sarawak 8 hours ago
DATUK Amar Douglas Uggah Embas.

KUCHING: Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas menggesa komuniti Kristian di negeri ini agar terus memberi sokongan penuh kepada kepimpinan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang disifatkannya sebagai pemimpin untuk semua kaum dalam memperkukuh keharmonian serta kemakmuran Sarawak.

Beliau berkata, kepimpinan Abang Johari menjadi tonggak utama penyatuan masyarakat berbilang kaum dan agama, sekali gus memastikan Sarawak kekal aman dan stabil ketika negeri ini giat melaksanakan agenda pembangunan berteraskan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030).

“Premier kita ialah pemimpin kepada semua kaum yang sentiasa menyatukan rakyat bagi mewujudkan keharmonian kaum dan agama serta Sarawak yang bersatu.

“Oleh itu, saya menggesa semua penganut Kristian di Sarawak untuk terus memberi sokongan penuh kepada kepimpinan beliau demi memastikan Sarawak kekal makmur, aman dan harmoni selaras dengan visi PCDS 2030,” katanya.

Uggah berkata demikian dalam perutusannya sempena sambutan Krismas 2025 dan Tahun Baharu 2026, hari ini.

Menurut beliau, PCDS 2030 menetapkan hala tuju jelas negeri ke arah kemakmuran ekonomi, keterangkuman sosial dan kelestarian alam sekitar, dengan penekanan terhadap pembinaan daya tahan masyarakat agar tiada golongan tercicir daripada arus pembangunan.

Beliau turut merujuk pembentangan Bajet Sarawak 2026 oleh Abang Johari pada 24 November lalu yang disifatkannya sebagai bukti komitmen berterusan kerajaan negeri dalam memperkasa rakyat serta memastikan kemakmuran dapat dinikmati secara adil, termasuk di kawasan luar bandar.

Katanya, peruntukan pembangunan berjumlah RM9.3 bilion dalam Bajet 2026, dengan RM6.1 bilion atau 66 peratus disalurkan kepada pembangunan luar bandar, mencerminkan fokus serius kerajaan negeri dalam merapatkan jurang pembangunan serta meningkatkan kesejahteraan komuniti pedalaman.

Dalam pada itu, Uggah berkata kerajaan Sarawak turut meneruskan sokongan kepada institusi keagamaan menerusi peruntukan RM120 juta kepada Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) bagi 2026.

Selain itu, katanya, kerajaan negeri juga memberi keutamaan kepada sektor pendidikan, pembangunan bakat serta pelaksanaan pelbagai inisiatif bagi menangani kos sara hidup rakyat.

Mengakhiri perutusannya, Uggah merakamkan ucapan Selamat Hari Krismas kepada seluruh penganut Kristian di Sarawak serta mengajak rakyat negeri ini melangkah ke tahun 2026 dengan semangat baharu, perpaduan kukuh dan tujuan bersama demi membina masa depan Sarawak yang lebih cerah untuk semua.

Oleh Adi Safarman

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Perutusan: Tun Wan Junaidi gesa perpaduan, kewaspadaan AI dan kerjasama membangunkan Sarawak
Next: Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak pengerusikan mesyuarat keselamatan dan kesihatan pekerjaan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.