Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Eksklusif: Perantau mula pulang, semarak sambutan Krismas
  • Utara
  • WILAYAH

Eksklusif: Perantau mula pulang, semarak sambutan Krismas

Utusan Sarawak 8 hours ago
MENCUKUPI…Perkhidmatan bas ekspres mencukupi menampung peningkatan penumpang yang pulang ke kampung sempena musim perayaan dan cuti sekolah.

MIRI: Suasana sambutan Hari Krismas kian dirasai apabila orang ramai, khususnya golongan perantau, mula pulang ke kampung halaman masing-masing bagi meraikan perayaan tersebut bersama keluarga.

Tinjauan Utusan Sarawak mendapati pergerakan penumpang di lapangan terbang, terminal bas serta laluan utama sekitar bandar ini meningkat sejak beberapa hari lalu, sejajar dengan cuti perayaan yang dinantikan.

Perkhidmatan bas ekspres  mencukupi dan menampung peningkatan penumpang yang pulang ke kampung sempena musim perayaan dan cuti sekolah.

Seorang perantau, Maria Jalin, 36, berkata kepulangan menyambut Krismas amat dinantikan setiap tahun.

Aliran trafik di beberapa jalan utama di sekitar bandar raya Miri perlahan disebabkan pertambahan kenderaan sempena musim perayaan dan cuti persekolahan.

“Krismas adalah masa paling bermakna untuk kami sekeluarga berkumpul. Walaupun perjalanan jauh dan penat, rasa gembira dapat pulang ke kampung serta menyambut perayaan bersama ibu bapa dan saudara-mara,” katanya yang pulang ke Sibu hari ini dengan menaiki bas.

Maria menambah, sambutan Krismas juga menjadi ruang untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan serta menghidupkan semula tradisi perayaan yang diwarisi turun-temurun.

Dalam pada itu, orang ramai dinasihatkan agar merancang perjalanan lebih awal dan sentiasa mematuhi peraturan keselamatan jalan raya bagi memastikan perjalanan pulang berjalan lancar dan selamat sepanjang tempoh perayaan.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: MPP pasang hiasan Krismas di mercu tanda Kota Padawan, lambang perpaduan masyarakat
Next: PPS sumbang 127 pek keperluan kepada pesakit kanak-kanak HUS sempena Hari Natal

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.