Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • 36 kes dadah dibicarakan dalam Sidang Mahkamah Litar Bau
  • MAHKAMAH

36 kes dadah dibicarakan dalam Sidang Mahkamah Litar Bau

Utusan Sarawak 4 hours ago
GAMBAR hiasan

KUCHING: Mahkamah Majistret Bau melalui Sidang Mahkamah Litar telah bersidang selama dua hari, bermula semalam hingga hari ini, bagi mendengar kes-kes di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952.

Ketua Polis Daerah Bau, Superintenden Mohd Haide A. Rahman berkata, sebanyak 36 kertas siasatan telah dituduh sepanjang persidangan tersebut.

Menurut beliau, seramai 25 individu telah dituduh di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. Mahkamah menjatuhkan hukuman denda antara RM2,000 hingga RM3,500.

“Bagi individu yang gagal membayar denda, mahkamah mengenakan hukuman penjara antara 10 hingga 13 bulan, selain hukuman tambahan pengawasan selama tiga tahun,” katanya.

Beliau turut memaklumkan bahawa terdapat individu yang menghadapi dua hingga tiga pertuduhan di bawah seksyen yang sama.

Selain itu, katanya, enam individu turut mengaku bersalah atas pertuduhan di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Individu-individu ini dijatuhi hukuman denda antara RM2,800 hingga RM4,400, atau hukuman penjara antara tujuh hingga 11 bulan sekiranya gagal membayar denda,” katanya.

Mohd Haide berkata, Sidang Mahkamah Litar Mahkamah Majistret Bau dijadualkan bersidang pada minggu keempat setiap bulan bagi mendengar kes-kes berkaitan.

Oleh Connie Chieng

Continue Reading

Previous: 13 individu terlibat penyalahgunaan dadah didakwa di Mahkamah Saratok

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.