Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Gangguan bekalan air tidak berjadual di Bekenu
  • Utara
  • WILAYAH

Gangguan bekalan air tidak berjadual di Bekenu

Utusan Sarawak 11 hours ago
Antara kawasan yang terjejas ialah Jalan Feeder Road Simpang Ngu ke Simpang Sepupok, Pasar Batu Niah dan sekitarnya, Jalan Sim Kheng Hong, Pasar Sepupok Lama dan Baru, Jalan Persisir Pantai dari Pasar Sepupok ke Kuala Suai, Kuala Sibuti, serta kawasan Saeh Merah dan Saeh Putih.

BEKENU: Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak memaklumkan berlaku gangguan bekalan air tidak berjadual di kawasan Bekenu hari ini.

Menurut JBALB, gangguan ini berpunca daripada kerja-kerja pembaikan paip sementara bersaiz 400mm dan 355mm di Sungai Keriok bagi menangani kebocoran besar yang berlaku.

Gangguan itu telah bermula 2.30 petang sehingga kerja-kerja pembaikan selesai, melibatkan beberapa kawasan di Daerah Subis.

Sepanjang tempoh kerja dijalankan, pengguna di kawasan terlibat dijangka mengalami gangguan bekalan air.

Antara kawasan yang terjejas ialah Jalan Feeder Road Simpang Ngu ke Simpang Sepupok, Pasar Batu Niah dan sekitarnya, Jalan Sim Kheng Hong, Pasar Sepupok Lama dan Baru, Jalan Persisir Pantai dari Pasar Sepupok ke Kuala Suai, Kuala Sibuti, serta kawasan Saeh Merah dan Saeh Putih.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar menyimpan bekalan air secukupnya bagi keperluan harian.

Pihak JBALB akan memastikan kerja-kerja pembaikan disiapkan secepat mungkin dan bekalan air akan dipulihkan secara berperingkat setelah kerja selesai.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Call Centre JBALB Sarawak di talian 082-262211 atau melayari laman web rasmi https://jbalb.sarawak.gov.my.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Lo Khere Chiang bantu penduduk berpindah, manfaat Skim Penempatan Semula
Next: MBKS naik taraf tandas awam mesra OKU di Pasar Petanak dan Taman Padungan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.