Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 108 kes kemalangan jalan raya direkod di Limbang tahun ini
  • Utara
  • WILAYAH

108 kes kemalangan jalan raya direkod di Limbang tahun ini

Utusan Sarawak 8 hours ago
PATUHI PERATURAN… DSP Peter pada Program Op Selamat Hari Krismas peringkat Daerah Limbang.

LIMBANG: Sebanyak 108 kes kemalangan jalan raya dilaporkan di daerah ini bagi tempoh Januari hingga Disember tahun ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Limbang, DSP Peter Jumat berkata, daripada jumlah tersebut, enam kes adalah kemalangan maut, manakala empat kes melibatkan kecederaan parah selain selebihnya membabitkan kemalangan ringan dan kerosakan kenderaan.

Beliau menjelaskan, angka itu menunjukkan penurunan berbanding 165 kes kemalangan yang direkodkan sepanjang tahun lalu, termasuk lapan kes maut, tiga kes parah dan lain-lain kerosakan.

“Bagi statistik kemalangan tahun ini, jumlah yang direkodkan adalah sebanyak 108 kes, termasuk enam kes maut, empat parah, selain kes ringan dan kerosakan lain,” katanya ketika ditemui pada Program Op Selamat Hari Krismas di bawah jejantas Tasik Mas, di sini, hari ini.

Beliau berkata, Program Op Selamat Hari Krismas yang berlangsung dari 23 hingga 28 Disember ini bertujuan memastikan keselamatan pengguna jalan raya serta mengurangkan kesesakan melalui tindakan penyuraian di laluan utama.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar sentiasa mengutamakan keselamatan sepanjang cuti persekolahan dan perayaan Krismas dengan mematuhi peraturan lalu lintas, termasuk memandu mengikut had kelajuan yang ditetapkan.

Turut hadir Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Limbang, Insp Md Nizan Ismadi Ibrahim @ Mahmood.

Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Gereja St Teresa Avila terima peruntukan RM300,000 GKCDA
Next: Lo Khere Chiang bantu penduduk berpindah, manfaat Skim Penempatan Semula

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.