Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Mengamuk bawa parang, lelaki ditahan polis
  • JENAYAH

Mengamuk bawa parang, lelaki ditahan polis

Utusan Sarawak 8 hours ago

MENGAMUK…lelaki yang mengamuk dan mengugut ahli keluarga disahkan positif dadah.  

LAWAS: Seorang lelaki tempatan berusia 22 tahun ditahan polis selepas bertindak mengamuk dan mengugut ahli keluarganya dengan sebilah parang di hadapan rumahnya di Jalan Kuala Lawas, semalam.

Ketua Polis Daerah Lawas, DSP Liong Tindan berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 10.18 pagi, membabitkan seorang lelaki yang tidak bekerja.

Menurutnya, kejadian tersebut dipercayai berlaku sekitar 8.30 pagi hari yang sama apabila suspek bertindak agresif dengan membawa parang serta mengugut ahli keluarganya.

“Bertindak atas laporan yang diterima, sepasukan anggota polis telah menyerbu rumah suspek dan berjaya menahannya. Polis turut merampas sebilah parang yang dipercayai digunakan suspek semasa kejadian,” katanya dalam satu kenyataan.

Siasatan awal mendapati suspek bertindak demikian kerana tidak berpuas hati terhadap ahli keluarganya yang enggan memenuhi kehendaknya berkaitan isu kewangan.

Beliau berkata, hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis amphetamine.

Bagaimanapun, semakan rekod lampau mendapati suspek tidak mempunyai sebarang kesalahan jenayah terdahulu.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan serta Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Oleh Adeng Edrus

Continue Reading

Previous: Polis Mukah tahan lelaki warga tempatan suspek kes curi perancah besi
Next: Polis Kuching tumpaskan sindiket pusat panggilan judi dalam talian, 28 individu ditahan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.