Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Polis Mukah tahan lelaki warga tempatan suspek kes curi perancah besi
  • JENAYAH

Polis Mukah tahan lelaki warga tempatan suspek kes curi perancah besi

Utusan Sarawak 9 hours ago
DITAHAN… Lelaki warga tempatan ditahan kerana disyaki terlibat dengan kes curi komponen perancah besi di tapak pembinaan sebuah rumah di Jalan Orang Kaya Setiaraja, petang semalam. Foto IPD Mukah

MUKAH: Seorang lelaki warga tempatan ditahan kerana disyaki terlibat dengan kes curi komponen perancah besi di tapak pembinaan sebuah rumah di Jalan Orang Kaya Setiaraja, di sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Mukah, DSP Muhamad Rizal Alias berkata, lebih kurang 4.45 petang, seorang pengarah syarikat binaan telah terserempak dengan dua lelaki tidak dikenali di tapak binaan sebuah rumah berkenaan.

“Apabila menyedari kehadiran beliau (pengarah syarikat binaan) kedua-dua lelaki terbabit telah melarikan diri bersama satu guni berisi komponen perancah besi dengan menggunakan sebuah motosikal. 

“Beliau bersama dua pekerjanya telah mengekori dua suspek dan berjaya menahan salah seorang suspek di Pasar Lama, Mukah. Manakala seorang lagi suspek telah melarikan diri,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Katanya, suspek berusia 26 tahun bersama barang rampasan dibawa ke IPD Mukah untuk tindakan pihak polis. 

“Sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah IPD Mukah telah membuat tangkapan semula ke atas suspek. 

“Turut dirampas adalah sembilan unit komponen perancah besi, sebuah motosikal dan satu unit topi keledar untuk dijadikan sebagai barang kes. Kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan,” tegasnya.

Oleh Akun Giman

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Polis Selangau tahan warga asing disyaki terlibat dadah
Next: Mengamuk bawa parang, lelaki ditahan polis

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.