Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Mangsa banjir di Pahang turun 50 peratus, catat 218 mangsa
  • SEMASA

Mangsa banjir di Pahang turun 50 peratus, catat 218 mangsa

Utusan Sarawak 8 hours ago
KEADAAN banjir masih menjejaskan Jalan Batu Balik yang menghubungkan Pekan ke Kampung Paloh Hinai susulan limpahan air Sungai Pahang hari ini. Foto Bernama

KUANTAN: Jumlah mangsa banjir yang berada di pusat pemindahan sementara (PPS) di Pahang mencatatkan penurunan 50 peratus pada petang ini dengan 218 orang daripada 66 keluarga berbanding 580 orang daripada 167 keluarga pagi tadi. 

Menurut aplikasi Infobencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kuantan mencatatkan 138 orang daripada 39 keluarga, diikuti Pekan (45 mangsa daripada 21 keluarga) dan Maran (35 mangsa daripada enam keluarga) setakat 5.00 petang. 

Berdasarkan aplikasi itu hanya lima PPS yang masih beroperasi meliputi tiga di Pekan dan masing-masing satu di Kuantan dan Maran. 

PPS yang terlibat adalah Dewan Orang Ramai Kampung Semangat, Kuantan; Balai Raya Kampung Baru Pertanian, Maran; Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Sekolah Kebangsaan Pulau Manis dan Dewan Orang Ramai Air Hitam di Pekan. 

Infopublic banjir pula memaklumkan tiga sungai utama melepasi bacaan paras bahaya iaitu Sungai Pahang di Lubuk Paku, Maran yang mencatatkan 19.39 meter, Sungai Pahang di Kuala Sungai Chini di Pekan (15.73 meter) dan Sungai Keratong di Kampung Rekoh di Rompin (28 meter). 

-Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Neymar bakal jalani pembedahan lutut
Next: Gempa bumi bermagnitud 6.4 landa rantau Papua New Guinea

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.