Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Sukan SEA 2025: Pasukan boling Wanita Malaysia menang emas
  • SUKAN

Sukan SEA 2025: Pasukan boling Wanita Malaysia menang emas

Utusan Sarawak 6 hours ago
SKUAD boling wanita negara cemerlang meraih pingat emas acara empat sepasukan wanita Sukan SEA Thailand 2025 apabila menewaskan Indonesia dalam aksi final di Bangkok sebentar tadi.

BANGKOK: Pemain boling Malaysia mempamerkan aksi cemerlang untuk menambah satu lagi pingat emas untuk negara pada Sukan SEA Thailand 2025 selepas menjuarai acara berpasukan wanita di Blu-O Rhythm & Bowl, Major Cineplex Ratchayothin, pada Jumaat.

Kuartet wanita kebangsaan dibarisi Sin Li Jane, Natasha Mohamed Roslan, Adania Mohd Redzwan dan Nur Hazirah Ramli menewaskan pasukan Indonesia, yang diwakili Sharon Adelina Liman Santoso, Aldila Indryati, Putty Insavilla Armein dan Alisha Nabila Larasati, 817-773 pada perlawanan akhir untuk merangkul pingat emas.

Li Jane berkata beliau berbangga dengan rakan sepasukan, khususnya pemain muda Adania dan Hazirah, yang bangkit pada saat penting dan memainkan peranan besar dalam kejayaan pasukan.

“Kemenangan ini amat bermakna buat kami, kerana kami benar-benar bertekad untuk memenangi emas. Saya gembira kerana keempat-empat kami berjuang habis-habisan dalam kedua-dua perlawanan, separuh akhir menentang Thailand dan perlawanan akhir menentang Indonesia,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sebelum itu, pasukan wanita Malaysia mengesahkan tempat ke perlawanan akhir selepas mencatat kemenangan meyakinkan 865-817 ke atas Thailand yang diwakili Chawakorn Wutti, Phattaranan Pingchittapraphai, Pinmanus Khumchaipom dan Ramita Samtong, pada peringkat separuh akhir.

Kemenangan itu merupakan pingat emas kedua Malaysia dalam acara boling pada temasya berkenaan selepas Rafiq Ismail dan Syazirol Shamsuddin meraih gelaran beregu lelaki pada Selasa.

Sementara itu, pasukan lelaki negara yang dibarisi Muhammad Syazirol Shamsuddin, Muhammad Rafiq Ismail, Tun Ameerul Luqman Al Hakim Tun Hasnul Azam dan Fan Yew Tsen terpaksa berpuas hati dengan pingat gangsa, selepas tewas 723-814 kepada pasukan Filipina yang terdiri daripada Kenneth Chua, Marc Dylan Custodio, Artegal Barrientos dan Mark Jesus San Jose pada separuh akhir. – Bernama

Continue Reading

Previous: Sukan SEA: Haritz Iklil raih emas ke-50, cipta rekod baharu sebalik kesayuan  
Next: Sukan Sea: Malaysian Tigress rangkul emas kesembilan berturut-turut

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.