Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Diskaun saman JPJ 50 peratus berbaki 12 hari lagi
  • TEMPATAN

Diskaun saman JPJ 50 peratus berbaki 12 hari lagi

Utusan Sarawak 6 hours ago
TAWARAN diskaun saman JPJ sebanyak 50 peratus kini berbaki 13 hari lagi sebelum tamat pada 1 Januari 2026. Foto JPJ Sarawak

KUCHING: Orang ramai diingatkan agar segera memanfaatkan tawaran diskaun saman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebanyak 50 peratus yang kini hanya berbaki 12 hari sebelum tamat sepenuhnya pada 1 Januari 2026.

JPJ Sarawak menerusi satu hebahan memaklumkan, diskaun berkenaan diberikan sempena pelaksanaan inisiatif pematuhan undang-undang jalan raya, sekali gus menggalakkan orang ramai menyelesaikan saman tertunggak dalam tempoh ditetapkan.

Menurut kenyataan itu, selepas tarikh 1 Januari 2026, tiada lagi diskaun saman akan ditawarkan dan semua bayaran perlu dijelaskan mengikut kadar penuh yang ditetapkan.

Orang ramai boleh menyemak serta membuat pembayaran saman melalui pelbagai saluran disediakan iaitu aplikasi MyJPJ, Portal Awam MySIKAP, kios JPJ, JPJ Mobile serta di kaunter JPJ di seluruh negeri.

Bagaimanapun, JPJ menegaskan bahawa diskaun berkenaan tidak terpakai bagi kategori kesalahan yang tidak boleh dikompaun.

Sehubungan itu, pengguna jalan raya disaran mengambil peluang terakhir ini untuk melunaskan saman masing-masing bagi mengelakkan tindakan lanjut serta memastikan pematuhan berterusan terhadap peraturan jalan raya.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: MPKS pantau kerja baik pulih jalan runtuh di Lorong Taman APT 2
Next: Kerajaan Sarawak tegas tangani isu salah laku klinik panel SCHB

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.