Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Kamera badan perkukuh integriti dan ketelusan Penguatkuasaan MPKS
  • TEMPATAN

Kamera badan perkukuh integriti dan ketelusan Penguatkuasaan MPKS

Utusan Sarawak 10 hours ago
KENANGAN…Kaunselor Abang Ismawi Abang Ali dan tetamu kehormat yang lain merakam gambar kenangan bersama penguatkuasa MPKS pada Majlis Pelancaran Penggunaan Kamera Badan bagi anggota Badan Pegawai Penguatkuasa MPKS, hari ini. Foto MPKS

KOTA SAMARAHAN: Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS) hari ini melancarkan penggunaan Kamera Badan bagi anggota Badan Pegawai Penguatkuasa MPKS pada majlis di pekarangan Perpustakaan Awam MPKS, di sini.

Pelaksanaan penggunaan kamera badan ini bertujuan meningkatkan tahap integriti, ketelusan dan kecekapan dalam pelaksanaan tugas penguatkuasaan, di samping memperkukuh aspek keselamatan anggota ketika bertugas di lapangan.

Inisiatif berkenaan selari dengan aspirasi pembangunan Bandar Pintar Kota Samarahan yang menekankan penggunaan teknologi bagi mempertingkat kualiti penyampaian perkhidmatan serta tadbir urus pihak berkuasa tempatan.

MPKS yakin penggunaan teknologi ini mampu memperkukuh keyakinan dan kepercayaan orang ramai terhadap perkhidmatan penguatkuasaan yang dilaksanakan secara profesional, telus dan berintegriti.

Majlis pelancaran tersebut telah disempurnakan oleh Pengerusi Perbandaran MPKS, Kaunselor Abang Ismawi Abang Ali dan turut dihadiri Timbalan Pengerusi Perbandaran MPKS, Kaunselor Daily Joseph, Setiausaha Perbandaran MPKS, Ahli-ahli Majlis serta pegawai-pegawai MPKS.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Gangguan bekalan air tidak berjadual di beberapa kawasan Lundu hari ini
Next: Bazar Ramadan MBKS 2026, permohonan gerai kini dibuka

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.