Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • FIFA sahkan hadiah AS$50 juta untuk juara Piala Dunia
  • SUKAN

FIFA sahkan hadiah AS$50 juta untuk juara Piala Dunia

Utusan Sarawak 21 hours ago
TROFI Piala Dunia FIFA dipamerkan semasa satu acara di New York selepas pengumuman berkaitan penganjuran Piala Dunia FIFA 2026. Foto AFP

LONDON: FIFA mengesahkan yang hadiah wang tunai sebanyak AS$50 juta akan ditawarkan kepada negara juara pada Piala Dunia musim panas akan datang, ketika pertikaian mengenai harga tiket kejohanan itu terus memuncak, lapor PA Media/dpa.

Majlis FIFA meluluskan jumlah wang hadiah bagi kejohanan itu dalam satu mesyuarat di Doha pada Rabu, dengan jumlah keseluruhan dana yang disediakan untuk negara bertanding ditetapkan sebanyak AS$727 juta, meningkat 50 peratus berbanding Piala Dunia 2022 di Qatar.

Setiap negara akan menerima AS$1.5 juta daripada FIFA bagi kos persediaan, serta sekurang-kurangnya tambahan AS$9 juta kerana beraksi di peringkat kumpulan.

Pengesahan ini dibuat ketika kumpulan peminat menuduh FIFA bermain “permainan PR” berkaitan harga tiket.

Badan induk bola sepak dunia itu mengumumkan pada Selasa yang tiket berharga AS$60 akan disediakan melalui kuota yang dijual oleh persatuan kebangsaan kepada penyokong paling setia mereka, susulan kritikan meluas terhadap struktur harga awal FIFA yang didedahkan minggu lepas.

Namun begitu, hanya 10 peratus tiket dalam kuota itu akan ditawarkan pada harga ini. Sebagai contoh, bagi perlawanan England menentang Croatia, ia hanya memberi manfaat kepada kira-kira 400 daripada lebih 4,000 penyokong yang layak membeli tiket melalui kuota Kelab Penyokong Kembara England (ESTC).

Bagi selebihnya, harga tiket akan bermula pada AS$230 untuk perlawanan pembukaan itu dan melonjak kepada AS$4,185 bagi perlawanan akhir. – Bernama

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Jelajah Dunia BWF: Aaron-Wooi Yik menang aksi pertama
Next: Thierry Henry penerima Anugerah Personaliti Sukan Terbaik  tahun ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.