Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Sukan SEA 2025: Skuasy tuai dua emas
  • SUKAN

Sukan SEA 2025: Skuasy tuai dua emas

Utusan Sarawak 11 hours ago
Foto Facebook Squash Racquets Association of Malaysia.

BANGKOK: Pasukan skuasy negara menepati ramalan apabila meraih dua pingat emas menerusi acara jumbo beregu lelaki dan campuran Sukan SEA Thailand 2025, berlangsung di Kolej Vajiravudh di sini hari ini.

Emas pertama hadir menerusi gandingan Harith Danial Jefri-Sehveettrraa Kumar yang mengecewakan beregu campuran Filipina Jonathan Reyes-Aerra JC Mae Relano 11-5, 11-2.

Harith Danial menambah emas keduanya apabila bergandingan dengan Low Wa Sern mengatasi Reyes-Christopher Buraga 11-4, 8-11, 11-5, menerusi acara jumbo beregu lelaki.

Acara jumbo beregu mengekalkan format acara beregu lain, namun dimainkan di gelanggang lebih luas dan panjang yang menguji daya tahan pemain.

Ini merupakan kali pertama Malaysia menghantar wakil acara jumbo beregu, termasuk jumbo beregu campuran, memandangkan skuasy hanya menawarkan empat pingat emas selain acara perseorangan lelaki dan wanita pada edisi kali ini.

Skuasy tidak dipertandingkan pada dua edisi sebelum ini, iaitu 2021 di Vietnam dan 2023 di Kemboja.

Kali terakhir acara itu dipertandingkan pada edisi 2019 di Filipina, menyaksikan Malaysia mendominasi dengan meraih empat emas, satu perak dan satu gangsa.

Malaysia masih memiliki wakil dalam acara perseorangan wanita dan lelaki yang memasuki pusingan suku akhir hari ini dengan atlet negara antaranya Noor Ainaa Amani Ampadi, Yee Xin Ying, Sanjay Jeeva dan Duncan Lee dijangka tidak berdepan masalah mengesahkan tempat ke separuh akhir, esok.

-BERNAMA

Continue Reading

Previous: Sukan SEA: Misi Malaysia sapu bersih emas terjun disekat pada hari pertama
Next: Tabau Legacy dinobat juara Bola Sepak Tujuh Sebelah Terbuka Rumah Panjang Ikom Senyawan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.