Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sarawak guna duit negeri dahulu bina Pusat Kanser, Kerajaan Persekutuan bayar balik kemudian – Premier
  • TEMPATAN

Sarawak guna duit negeri dahulu bina Pusat Kanser, Kerajaan Persekutuan bayar balik kemudian – Premier

Utusan Sarawak 6 hours ago
DATUK Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bercakap pada Persidangan Belanjawan Sarawak 2026 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).

KUCHING: Kerajaan Sarawak mendahulukan peruntukan negeri bagi pembinaan Pusat Kanser di Sarawak, dengan kos tersebut akan dibayar balik oleh Kerajaan Persekutuan dalam tempoh yang akan ditetapkan.

Menurut Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, pembangunan pusat kanser itu melibatkan kos keseluruhan RM1.5 bilion.

“Sarawak telah bersetuju mendahulukan peruntukan negeri untuk pembangunan pusat kanser dan Kerajaan Pusat akan bayar balik nanti.

“Jumlah keseluruhan RM1.5 bilion, RM1 bilion dari Kerajaan Pusat untuk buat Pusat Kanser manakala Sarawak tanggung sendiri RM500 juta untuk kelengkapan peralatan perubatan.

DATUK Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika ditemui pemberita selepas Persidangan Belanjawan Sarawak 2026 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK)

“Kerajaan Pusat minta kita tanggung sendiri dari segi kelengkapan peralatan perubatan, demi rakyat, kita tanggunglah sebab penghidap sakit kanser banyak dan tak boleh tunggu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Persidangan Belanjawan Sarawak 2026 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), hari ini.

Beliau mengulas lanjut, walaupun kerajaan Sarawak yang mendahulukan pembiayaan, terdapat pengaturan dengan Kerajaan Persekutuan di mana bayaran balik akan dibuat secara beransur-ansur dalam tempoh yang akan ditetapkan.

Beliau turut menegaskan keputusan tersebut dibuat bagi memastikan projek pusat kanser dapat dilaksanakan tanpa kelewatan dan rakyat Sarawak mendapat akses kepada rawatan kanser yang lengkap dan berkesan.

“Jadi kita nak bantu rakyat, walaupun permulaannya kita biaya dulu nanti mereka bayar balik. Dia minta kita tanggung. Jadi kita tanggung demi kepentingan rakyat.

“Insya-Allah asal rezeki kita ada, kita sentiasa bantu. Saya minta doa lah tambah rezeki Sarawak,” ujarnya.

Oleh Masrin Affirah

Continue Reading

Previous: Komander Briged Sarawak PGA hargai sumbangan warga Briged
Next: Sarawak perkukuh peranan acara perniagaan melalui penubuhan BESA

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.