Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • RTP perkukuh infrastruktur luar bandar di Bukit Begunan
  • Selatan
  • WILAYAH

RTP perkukuh infrastruktur luar bandar di Bukit Begunan

Utusan Sarawak 7 hours ago
Datuk Mong Dagang hadir pada Majlis Perasmian Projek Siap Naik Taraf Dewan Rumah Lanchum, Kampung Sungai Tenggang, Pantu, dekat sini kelmarin. Foto: Pusat Khidmat ADUN Bukit Begunan

PANTU: Program Transformasi Luar Bandar (RTP) terus membuktikan keberkesanannya apabila masalah penduduk di kampung-kampung dan rumah panjang sebelum ini berjaya diselesaikan, khususnya di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Begunan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Begunan, Datuk Mong Dagang berkata, pelaksanaan projek-projek RTP memberi impak besar dalam meningkatkan kemudahan asas dan kesejahteraan hidup masyarakat luar bandar.

Menurut beliau, antara projek yang berjaya disiapkan ialah kerja naik taraf Dewan Rumah Lanchum, Kampung Sungai Tenggang, Pantu, dengan kos keseluruhan berjumlah RM100,000 menggunakan peruntukan RTP.

Datuk Mong Dagang hadir pada Majlis Perasmian Projek Siap Naik Taraf Dewan Rumah Lanchum, Kampung Sungai Tenggang, Pantu, dekat sini kelmarin. Foto: Pusat Khidmat ADUN Bukit Begunan

Katanya, kemudahan dewan yang dinaik taraf itu mampu menjadi pusat aktiviti masyarakat setempat termasuk penganjuran program komuniti, mesyuarat, aktiviti sosial serta kegiatan sukan melibatkan generasi muda.

Mong turut menasihatkan penduduk setempat agar memanfaatkan sepenuhnya kemudahan yang disediakan kerajaan, selaras dengan matlamat RTP untuk merapatkan jurang pembangunan antara bandar dan luar bandar.

Datuk Mong Dagang hadir pada Majlis Perasmian Projek Siap Naik Taraf Dewan Rumah Lanchum, Kampung Sungai Tenggang, Pantu, dekat sini kelmarin. Foto: Pusat Khidmat ADUN Bukit Begunan

Selain itu, beliau menegaskan kepentingan sikap tanggungjawab dalam kalangan pengguna agar kemudahan awam tersebut dijaga dengan baik dan digunakan secara berhemah.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Projek Siap Naik Taraf Dewan Rumah Lanchum, Kampung Sungai Tenggang, Pantu, dekat sini kelmarin, sambil menegaskan bahawa kejayaan RTP bergantung kepada kerjasama berterusan antara kerajaan dan rakyat.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Anggaran 178 buaya dikesan di Sungai Batang Krian, operasi kawalan diperhebat
Next: Jerayawara Sarawak Lestari 2025: Pustaka perkukuh advokasi SDG di Ba’kelalan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.