Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • TPM salur RM50,000 kepada Surau Mahmudi, ringankan keperluan fasiliti jemaah
  • TEMPATAN

TPM salur RM50,000 kepada Surau Mahmudi, ringankan keperluan fasiliti jemaah

Utusan Sarawak 19 hours ago
DATUK Amar Fadillah Yusof bergambar bersama jemaah Surau Mahmudi selepas majlis penyerahan cek.

PETRA JAYA: Keperluan kemudahan asas jemaah Surau Mahmudi di Jalan Matang mendapat perhatian Timbalan Perdana Menteri, Datuk Amar Fadillah Yusof, apabila beliau menyalurkan sumbangan Projek Mesra Rakyat (PMR) berjumlah RM50,000 bagi menyokong usaha menaik taraf surau berkenaan.

Sumbangan itu disampaikan kepada Pengerusi Surau Mahmudi, Bolhassan Maarof dalam satu majlis ringkas selepas solat Maghrib berjemaah di surau berkenaan, semalam.

Bolhassan berkata, dana tersebut amat membantu memandangkan peruntukan sedia ada surau telah digunakan sepenuhnya bagi kerja menaik taraf kemudahan fizikal termasuk ruang dalaman, pagar serta menara surau.

DATUK Amar Fadillah Yusof menyampaikan cek kepada kepada Pengerusi Surau Mahmudi, Bolhassan Maarof.

“Bahagian dalam surau sudah dinaik taraf dan kawasan luar turut diperbaiki, namun peruntukan hampir habis digunakan sehingga kami tidak mampu membeli keperluan asas seperti sejadah.

“Kami memaklumkan perkara ini kepada Datuk Amar Fadillah dan alhamdulillah, beliau hadir sendiri untuk menyampaikan sumbangan,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis ringkas penyampaian cek bagi dana tersebut di surau Mahmudi di Jalan Matang, malam tadi.

Dalam pada itu, beliau turut berharap sokongan berterusan daripada Datuk Amar Fadillah bagi membolehkan Surau Mahmudi diberikan kebenaran mengadakan solat Jumaat.

Menurutnya, kawasan Gita ketika ini hanya mempunyai sebuah masjid iaitu Masjid At-Taqwa di Jalan Pinang Jawa yang sering dipenuhi jemaah, manakala Masjid Darul Husni di Taman Hussein terletak agak jauh dari kawasan perumahan sekitar.

“Kami telah mengemukakan permohonan beberapa kali dan berharap dengan surat sokongan daripada TPM, Surau Mahmudi dapat dibenarkan melaksanakan solat Jumaat pada tahun hadapan,” katanya.

Bolhassan berkata, Surau Mahmudi mampu menampung sehingga 400 jemaah sekali gus berpotensi menjadi alternatif penting bagi memenuhi keperluan solat Jumaat umat Islam di kawasan Gita.

Oleh Shahrul Qaizat

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: 500 Rumah Mesra Rakyat sedia di Sarawak pada 2026
Next: GJPBS buka Pejabat dan Pusat Latihan Baharu, sasar penubuhan pusat kecemerlangan jurutera Bumiputera

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.