Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Mesyuarat akhir tahun Parlimen Sri Aman perkukuh gerak kerja demi kebajikan rakyat
  • Tengah
  • WILAYAH

Mesyuarat akhir tahun Parlimen Sri Aman perkukuh gerak kerja demi kebajikan rakyat

Utusan Sarawak 6 hours ago
DATO’ Sri Doris Sophia Brodie semasa menghadiri Makan Malam dan Mesyuarat Pasca-Kakitangan anjuran Pusat Khidmat Parlimen P202 Sri Aman yang diadakan sempena mesyuarat kakitangan terakhir bagi tahun ini. Foto: Pusat Khidmat Ahli Parlimen Sri Aman

SIMANGGANG: Ahli Parlimen Sri Aman, Dato’ Sri Doris Sophia Brodie menegaskan komitmen untuk terus memperkukuh penyampaian perkhidmatan kepada rakyat menerusi usaha penambahbaikan berterusan dalam tadbir urus, pemantauan projek dan kebajikan komuniti.

Beliau berkata demikian semasa menghadiri Makan Malam dan Mesyuarat Pasca-Kakitangan anjuran Pusat Khidmat Parlimen P202 Sri Aman yang diadakan sempena mesyuarat kakitangan terakhir bagi tahun ini.

Menurutnya, mesyuarat suku tahunan tersebut memberi ruang kepada pasukan untuk menilai prestasi kerja, memantau pelaksanaan projek serta merangka strategi baharu bagi meningkatkan keberkesanan perkhidmatan.

“Mesyuarat akhir tahun ini penting untuk kita menilai pencapaian, mengenal pasti kekurangan yang perlu diberi perhatian serta memperkukuh penyelarasan menjelang tahun baharu.

“Dengan komitmen yang diperbaharui, kami berazam memberikan perkhidmatan yang lebih cekap, responsif dan berorientasikan rakyat demi kesejahteraan komuniti di seluruh Parlimen Sri Aman,” katanya.

Beliau berkata, sesi tersebut juga menekankan usaha berterusan dalam menjaga kesejahteraan masyarakat dan memastikan pembangunan setempat terus berjalan lancar.

Selesai mesyuarat, seluruh pasukan berkumpul bagi majlis makan malam penghargaan di sebuah hotel terkemuka di Kuching sebagai simbolik penutup tahun serta tanda penghargaan atas kerjasama dan dedikasi kakitangan.

Mengakhiri ucapannya, Doris menzahirkan harapan agar semangat kerja berpasukan terus diperkukuh demi kemajuan kawasan.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Pihak Hospital Miri jejaki waris mendiang Chan Chang Wah
Next: Pemimpin negeri tinjau operasi SAR di Tanjung Sirik

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.