Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • BBP Sarikei pantau Sungai Nyelong, trend air surut direkodkan
  • Tengah
  • WILAYAH

BBP Sarikei pantau Sungai Nyelong, trend air surut direkodkan

Utusan Sarawak 4 hours ago
PARAS AIR SURUT… Anggota bomba menjalankan pemantauan paras air di tebingan Sungai Nyelong, tengah semalam. Foto BBP Sarikei

SARIKEI: Paras air Sungai Nyelong didapati stabil dalam rondaan pemantauan monsun timur laut (MTL) tengah malam tadi oleh dua orang anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei.

Ketua BBP Sarikei, Arrahman Chik, berkata rondaan dijalankan pada 12.20 tengah malam sebagai langkah kesiapsiagaan menghadapi MTL dan potensi risiko banjir di kawasan tebing sungai tersebut.

“Rondaan ini memberi tumpuan kepada penilaian paras air dan keadaan cuaca semasa. 

“Pemantauan membolehkan kami mengesan awal sekiranya terdapat peningkatan paras air yang boleh membawa risiko banjir,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, hasil rondaan mendapati keadaan adalah stabil dengan trend air surut dan cuaca berada dalam keadaan baik.

“Cuaca baik, paras air terkawal dan tiada panggilan kecemasan diterima semasa rondaan pemantauan,” katanya.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Kementerian Lulus Projek Naik Taraf Paip 600mm di Bintangor
Next: Lapan NGO terima geran MRP untuk perkasa program komuniti

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.