Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Lelaki tempatan ditahan dalam operasi salah guna dadah
  • JENAYAH

Lelaki tempatan ditahan dalam operasi salah guna dadah

Utusan Sarawak 4 hours ago

Polis menemui satu keratan tiub penyedut lutsinar berjalur merah berisi ketulan kristal dipercayai dadah jenis Methamphetamine dengan anggaran berat 0.15 gram. Foto IPD Lubok Antu

LUBOK ANTU: Seorang lelaki tempatan berusia awal 30-an ditahan dalam satu operasi memerangi kegiatan penyalahgunaan dadah di Pekan Lubok Antu, petang semalam.

Menurut kenyataan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lubok Antu, penangkapan tersebut dilakukan pasukan tindakan khas IPD Lubok Antu diketuai Inspektor Harper Kenol menerusi Op Tapis Khas, yang dilaksanakan selepas menerima maklumat berkaitan aktiviti mencurigakan di kawasan itu.

Dalam pemeriksaan lanjut terhadap suspek, polis menemui satu keratan tiub penyedut lutsinar berjalur merah berisi ketulan kristal dipercayai dadah jenis Methamphetamine dengan anggaran berat 0.15 gram.

Penemuan itu mengukuhkan syak wasangka pasukan operasi mengenai kegiatan penyalahgunaan dadah di lokasi yang sering menjadi tumpuan.

Polis turut menjalankan ujian saringan awal air kencing, yang mendapati suspek positif dadah jenis Ketamine. 

Semakan rekod pula mendapati lelaki itu mempunyai beberapa rekod lampau berkaitan kes dadah.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki dadah dan Seksyen 15(1)(a) Akta yang sama kerana kesalahan menggunakan dadah.

Pihak polis menggesa masyarakat terus bekerjasama mengekang gejala ini dengan menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti pengedaran atau penyalahgunaan dadah melalui Hotline Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman di talian 012-208 7222 atau Hotline JSJN JSJN Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak di talian 017-592 9211.

Kerjasama awam amat penting bagi memastikan keselamatan komuniti dan membanteras ancaman dadah secara berterusan.

Oleh ADI SAFARMAN

Continue Reading

Previous: Wanita warga emas rugi RM92,100 akibat penipuan dalam talian
Next: Lelaki 38 tahun ditahan ugut bunuh bapa tiri di Kabong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.