Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Dua pertubuhan media Sibu terima geran MRP RM6,000
  • Tengah
  • WILAYAH

Dua pertubuhan media Sibu terima geran MRP RM6,000

Utusan Sarawak 5 hours ago
Chieng (empat kiri) menyampaikan cek MRP kepada Pengerusi SJA Florence Nervyn sambil disaksikan oleh ahli jawatankuasa SJA yang lain.

SIBU: Dua pertubuhan media tempatan hari ini menerima geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) berjumlah RM6,000 daripada Pusat Khidmat DUN Bukit Assek.

Geran disampaikan oleh ADUN Bukit Assek, Joseph Chieng, dengan masing-masing Persatuan Wartawan Sibu (SJA) dan Institut Wartawan Rejang (IRJ) menerima RM3,000 setiap satu.

Dalam ucapannya, Chieng berkata beliau menghargai sokongan dan peranan media sebagai rakan strategik dalam menyampaikan maklumat tepat kepada masyarakat.

“Saya sudah lama mengenali rakan-rakan media. Sebagai wakil rakyat penggal pertama, saya menjemput anda semua untuk datang berbincang atau menyuarakan apa sahaja isu yang ingin diketengahkan,” katanya.

Beliau turut memberi jaminan akan membawa isu-isu yang dibangkitkan oleh pengamal media ke pengetahuan kerajaan Sarawak pada persidangan DUN akan datang.

Pada masa sama, Chieng memaklumkan terdapat perkembangan positif dalam Projek Pelan Pembangunan Semula Bukit Assek, namun enggan mengulas lanjut dan menyerahkan perkara itu kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, untuk pengumuman rasmi.


Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Penduduk kawasan rendah diingat berwaspada susulan banjir di Miri
Next: Hujan semalaman, beberapa kawasan di Miri kembali banjir — Chiew kecam usaha mitigasi masih gagal

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.